“Bantuan CPR diberi tapi tak dapat diselamatkan dan disahkan sudah pergi selamanya”

1,319 views

Pelakon Aida Aris telah membuat satu pengesahan bahawa ibu tercinta iaitu Siti Khadijah Abu Sujak telah disahkan pergi buat selamanya. 

Ibu kepada Aida Aris telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.40 pagi semalam, hari Selasa. 

Siti Khadijah berumur 84 tahun ketika pergi menghadap Illahi. Berita ini disampaikan oleh Aida Aris menerusi satu laporan portal hiburan, Mstar. 

Bercerita lanjut, Aida Aris berkata, dia terjumpa ibunya dalam keadaan tak bernafas di ruang tamu rumah mereka. 

Pelakon berumur 50 tahun ini kemudian membawa ibunya ke klinik berhampiran, di kawasan Rawang, dan telah diberi bantuan CPR, bantuan pernafasan selama lebih kurang 45 minit lamanya. 

Namun begitu, selepas itu, pegawai perubatan telah mengesahkan ibunya sudah tiada lagi.  

“Dalam lebih kurang jam 9.45 pagi saya nampak ibu saya tidak bernafas. Saya terus saja bawa ke klinik berhampiran dan mereka buat CPR selama 45 minit.” 

“Namun begitu, ibu saya tak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia. Saya redha apa yang terjadi, sudah sampai ajalnya.” 

Sebelum ini, Aida Aris menyatakan ibunya pernah masuk hospital disebabkan paru-parunya dan telahpun menerima rawatan selama dua bulan.   

“Dua bulan yang lalu, ibu saya ada isu di bahagian paru-paru yang dikatakan berair dan dirawat di hospital. Selain itu, ada juga buat pemeriksaan jantung, angiogram, namun doktor kata jantung okey.” 

“Paras oksigen pun naik dan turun. Penglihatan ibu memang dah pun kabur, sekiranya mahu ke bilik air pun perlukan bantuan.” 

“Pada 13 Disember yang lepas, barulah dia dibenarkan pulang ke rumah selepas keadaan kesihatannya dah baik.” 

Dalam pada itu, rakan Aida Aris iaitu pelakon Sharifah Shahira juga da memberi komen berasa kasihan dengan Aida Aris.  

“Kasihan kat Aida, dia pun menguruskan ibunya sendiri sebab memang tak ramai adik-beradik yang tinggal berdekatan. Saya pun terkilan juga tak dapat nak ziarah sebelum ini.” 

Apapun sama-sama kita doakan buat arwah ibu Aida Aris, Siti Khadijah Abu Sujak, salam takziah buat Aida Aris.