“I am officially a wife to Dr Che Hafiz” Julia Farhana dah bernikah dengan bekas suami Lufya

5,159 views

Pelakon Julia Farhana kini telah pun selamat bergelar isteri kepada doktor perubatan yang juga seorang pengacara iaitu Dr Che Hafiz. 

Kepada yang tak ingat, Dr Che Hafiz merupakan bekas suami kepada pelakon Lufya. 

Pengumuman penyatuan antara pasangan ini telah dibuat oleh Julia Farhana melalui satu hantaran di laman Instagram miliknya petang tadi. 

Julia Farhana memohon maaf kepada semua pihak kerana tidak menjemput ke majlis pernikahan mereka kerana hanya kelurga terdekat saja yang hadir. 

“Salam buat semua, saya mahu memberitahu buat semua bahawa saya kini secara sah merupakan isteri kepada Dr Che Hafiz.” 

“Kami berdua memohon maaf sangat kepada semua kerana pengumuman yang agak lewat ini, kepada semua rakan-rakan, pihak media dan semua yang tak tahu tentang pernikahan ini.” 

“Ini disebabkan kami telah memilih untuk menjalan majlis secara tertutup dan yang hadir hanyalah ahli keluarga saja, maaf secara ikhlas nya.” 

“Ini ada beberapa foto tak rasmi dan jika dah sedia, nanti kami akan tunjukkan official photo pula. Kami meminta semua dapat doakan perjalanan kami sebagai pasangan suami isteri, terima kasih.” 

Sementara itu, menjengah ke IG milik Dr Che Hafiz, suami kepada Julia Farhana ini juga muatnaik satu caption. 

Kata Dr Che Hafiz, dia amat bersyukur majlis akad nikah berjalan dengan baik. 

“Salam syukur alhamdulillah, majlis akad nikah ijab kabul antara saya dan isteri iaitu Julia Farhana telah selesai dan berjalan lancar.” 

“Minta maaf kerana tiada jemputan kerana sesia pernikahan ini dihadiri hanya dari kalangan family terdekat kedua belah pihak saja.” 

“Saya pohon supaya semua dapat doakan saya dan isteri akan jadi pasangan yang dapat keberkatan dari Illahi sampai ke syurga.” 

Ini beberapa keping foto tak rasmi majlis nikah Julia Farhana dan Dr Che Hafiz.

Tahniah diucapkan buat Dr Che Hafiz dan juga Julia Farhana, selamat pengantin baru.