Syamsul dah kahwin Ira Kazar? Ini coretan hati ibunya Datin Fatimah, upload foto Puteri Sarah

6,494 views

Kini kisah perkahwinan antara Puteri Sarah Liyana dan juga Syamsul Yusof menjadi tumpuan semula. 

Semuanya kerana ada ura-ura mengatakan pengarah terkemuka itu telahpun berkahwin dengan Ira Kazar scara diam-diam. 

Puteri Sarah Liyana telah ditanya tentang hal ini dan mengatakan dia tak tahu menahu dan meminta terus bertanya kepada Syamsul Yusof tentang hal berkenaan. 

Melihat menantunya diasak tentang hal berkenaan, ibu mertuanya iaitu Datin Fatimah tampil menulis coretan hatinya di laman IG. 

Di posting berkenaan, Datin Fatimah telah upload foto perkahwinan Puteri Sarah dan juga Syamsul di atas pelamin.

Jelas ibu kepada Syamsul Yusof ini, perkahwinan dengan Puteri Sarah Liyana adalah pilihan Syamsul sendiri dan telah menerima restu dari seluruh family. 

Datin Fatimah menekankan restu sememangnya amat penting. 

“Perkahwinan di antara anak, Syamsul Yusof dan juga Puteri Sarah Liyana sememangnya mendapat restu penuh dari keluarga, sepenuhnya.” 

“Syamsul sendiri yang telah pilih Puteri Sarah sebagai permaisuri hatinya. Mereka juga telah dikurniakan dua orang cahaya mata.” 

“Restu dari ibu bapa itu memang penting demi mendapat doa yang berterusan.” 

Itulah sedikit luahan hati dari Datin Fatimah tentang kisah anak dan juga menantunya itu. 

Sememangnya hubungan family Syamsul Yusof dengan Puteri Sarah Liyana amat baik sehinggalah sekarang. 

Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail memberi sokongan kepada Pteri Sarah Liyana sepenuhnya. 

Mereka juga kerapkali meluangkan masa bersama dan Datin Fatimah juga ada muantaik foto Puteri Sarah makan lunch tak lama dulu. 

Dalam pada itu, pada tahun depan, Puteri Sarah Liyana telah mengheret Ira Kazar untuk naik ke mahkamah atas dakwaan mengganggu rumah tangganya dengan Syamsul Yusof, menjadi orang ketiga. 

Sehingga kini tiada kenyataan lanjut dari Puteri Sarah Liyana mahu pun Syamsul Yusof sendiri tentang isu terbaru ini, terutama status hubungan Syamsul dengan Ira Kazar.