Kehilangan anak terlebih dulu, sebagai ayah, dah tentu Raisuddin rasa amat hiba. Pemergian arwah Siti Sarah pada bulan Ogos tahun 2021 membuatkan Raisuddin tidak dapat menahan rasa kesedihannya.
“Macam dah terbalik, patutnya sayalah yang pergikan. Tapi, dia pula yang pergi dulu. Itulah kenyataannya.”
“Menangis, bukannya saya ni tak menangis. Boleh tanya pada isteri saya, tentang saya menangis. Air mata itu terus saja keluar dengan sendirinya. Apapun redha itu penting, kita kena redha.”
Apa yang menjadi persoalan sekarang ini ialah tentang kisah Shuib, menantu Raisuddin. Bagaiamana kehidupannya selepas ketiadaan Siti Sarah dan adakah dia dah pulih serta dah boleh move on.
Raisuddin menjelaskan, mungkin menantu lelakinya itu masih belum lagi betul-betul pulih dari rasa ralat, rindu, sedih dan berpatah hati.
Melihat diri Shuib, Raisuddin berkata ada sesuatu yang belum selesai antara dirinya dan Shuib. Malah Raisuddin akui Shuib banyak sorok benda dari dirinya. Ini komennya seperti yang dilaporkan Utusan.
“Semenjak dari arwah dah tiada ni, saya dan dia masih lagi belum duduk bersama, untuk berbual dari hati ke hati. Dia ni banyak sorok benda dari saya. Saya faham, bukan tak faham keadaan dia amat terasa dengan kehilangan.”
“Shuib dan arwah Sarah ni memang begitu rapat. Mereka berdua ni suami isteri tapi merupakan kawan baik, boleh bergurau senda. Kadangkala saya lihat pun, saya ada rasa tak sanggup nak buat Shuib macam tu. Tapi Shuib rela saja dan okey bila Sarah suka bergurau dengan dia. Seronok tengok keletah mereka berdua.”
“Sekarang ini, ada masanya, saya rasa adakah sebab saya dan family masih ada bersama-sama, oleh itu ini akan buat dia rasa semakin susah nak move on. Sesekali ada fikir juga hal ini.”
Raisuddin tertanya juga adakah dia kena jauhkan diri dengan Shuib agar menantunya itu lebih mudah untuk move on.
“Setakat ini, dia tak adalah berbunyi cakap apa-apa. Kalau ikutkan, dia lagi banyak bercerita kepada orang lain, yang dia rasa lebih selesa.”
“Saya tak terasa hati pun, saya faham keadaan dia. Ini maknanya, dia letak saya ini pada kedudukan yang amat tinggi. Dia hormat saya. Mungkin dia khuatir saya akan bersedih hati macam dirinya.”
“Memang saya ada fikir, perlu tak, untuk kami berdua sama-sama duduk berbual dari hati ke hati.”
Raisuddin menasihati Shuib kena sentiasa bersabar dan merasakan hanya masa yang akan ubati kerinduan serta kerinduan Shuib itu.