Baru umur 3 hari, Shaheizy Sam, Syatilla tayang wajah baby ketiga, pilih nama klasik

4,284 views

Pelakon terkenal Shaheizy Sam dan isterinya iaitu Syatilla Melvin baru saja selamat menerima kehadiran anak ketiga mereka.

Syatilla selamat melahirkan baby girl, baby ketiga mereka pada hari Isnin lepas sekitar jam 11 pagi, melalui pembedahan Caesarean section di sebuah hospital swasta di Selangor.

Dengan berat 3 kilogram, baby berkenaan selamat dilahirkan di Hospital Ampang Puteri, Selangor.

Tidak seperti sesetengah selebriti yang memilih untuk tidak tayang wajah baby yang baru lahir di atas faktor takut terkena ain, lain pula pendekatan pasangan suami isteri ini.

Di hari yang ketiga umurnya, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin telah mendedahkan wajah anak perempuan mereka itu.

Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin turut mendedahkan nama yang menjadi pilihan mereka buat puteri baru mereka itu iaitu Salama Samheizy.

Ini tulis Shaheizy Sam di laman Ig miliknya: “Assalammualaikum. Salama Samheizy Binti Shaheizy Sam is here. Please be good to me, dear world. Saya akan menjadi rakan paling baik buat kamu.

Sementara itu ini pula caption dari Syatilla Melvin: “Assalamualaikum semua. Saya mempersembahkan inilah hasil menuai kami yang nombor tiga. Namanya Salama Samheizy Binti Shaheizy Sam. dengan beratnya 3kg. Dia keluar ikut tingkap. Dagunya tetep.

Untuk yang tak tahu, keluar ikut tingkap itu maksudnya keluar secara pembedahanlah, Syatilla hanya berseloroh saja.

Di ruangan komen, ramai rakan artis yang dilihat menulis komen yang baik-baik dan memuji kecomelan baby Salama.

Antaranya ialah Zizie Izette, Aprena Manrose, Ain Edruce, Uyaina, Rozita Che Wan, Raja Ilya, Nourul Depp dan ramai lagi.

Untuk info, Shaheizy Sam dan Syatilla mendirikan mahligai mereka pada tahun 2016. Selain Salama Samheizy, pasangan ini mempunyai dua cahaya mata iaitu seorang anak lelaki, yang sulung, Syeriv Samheizy, 5 tahun, dan anak kedua, anak perempuan, Sarima Samheizy, 3 tahun.