“Bapa dia ada minta maaf bagi pihak anaknya..” ~Puteri Sarah Liyana

10,043 views

Kini semua pun dah tahu tentang kisah rumah tangga pasangan selebriti iaitu Puteri Sarah Liyana dan suaminya Syamsul Yusof. Perkahwinan yang dibina kini sedang diuji dan dilanda badai.

Hal ini mula diketahui umum setelah Puteri Sarah Liyana dah tak dapat menahan dirinya lagi dan memaklumkan kes ini kepada umum semasa bulan Ramadhan yang lalu.

Malahan Puteri Sarah Liyana kali ini tidak bersellindung lagi dan terus saja menybeut wanita yang didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya dengan Syamsul Yusof.

Wanita berkenaan ditulis oleh Puteri Sarah Liayan ialah Ira Kazar yang juga anak kepada pelakon veteran Kazar.

Kali ini Puteri Sarah Liyana memberitahu dia akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Ira Kazar.

Jelas Puteri Sarah, dia dah tak dapat tahan sabar lagi kerana sebelum ini tidak ada sesiapa yang mempertahankan dirinya.

Pernah Puteri Sarah Liyana buat laporan polis, dan ketika mahu ambil tindakan, dikatakan bapa Ira Kazar ada meminta maaf bagi pihak anaknya itu.

Kali ini Puteri Sarah Liyana telah mengupah dua orang peguam untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap wanita berkenaan.

“Sebelum ini, kasihan punya pasal, saya tak proceed, dan bapa dia pun ada minta maaf bagi pihak dia. Dia pun diam saja.”

“Namun, akhirnya saya kena kacau lagi, kali ini lebih double triple teruknya, memang ianya tak berakhir, saya pun menyesal sebab tak proceed je dulu.”

“Sekarang dah ada dua orang peguam akan datang pada kamu, sila bersedia mana mahu lari ye.”

Dari video itu, Puteri Sarah Liyana tak ada menyebut individu yang dimaksudkan. Namun sebelum ini, Puteri Sarah Liyana ada menyebut nama Ira Kazar sebagai individu yang menjadi orang ketiga.