Kisah antara Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada Mat Shukri sehingga kini masih lagi belum berakhir.
Melalui laman Ig stories, Shuhada ada bercerita tentang kisah anaknya yang sedang mendapatkan rawatan untuk kesihatan mentalnya di hospital.
Namun begitu, bapa saudara kepada Hafidz Roshdi telah menempelak Shuhada berbuat sedemikian.
Jelas bapa saudara kepada Hafidz Roshdi bernama Adlan ini, dia mendakwa semuanya itu dibuat hanya untuk mendapatkan perhatian untuk berniaga saja.
Adlan ternyata tak bersetuju dengan tindakan Shuhada yang bercerita tentang kisah anaknya itu sambil meletakkan link untuk meminta orang ramai membeli biskut yang dijualnya.
“Shu, nampaknya cita-cita kamu untuk bergelar sebagai influencer telah pun berjaya dicapai.”
“Kamu ni ada pilihan untuk jadi seorang role model yang positif atau sebaliknya.”
“Uncle sebelum ini hanya berdiam diri saja ini sebab uncle dah berjanji pada diri sendiri, jikalau kamu mula meibatkan anak-anak Hafidz melepaskan amarah kamu.”
“Dunia ini bukannya kita yang punya. Dunia ini pun ada reaksi serta tindakbalas. Jika tak baik yang kamu mahu, maka yang tak baiklah yang akan datang bergolek.”
“Sikap memanupulasi, suka cabar mencabar dan provokasi yang selama ini dari kamu, sedang dipersembahkan kepada umum.”
“Kamu pun tahu bahawa isu anak-anak hal yang paling mengusik jiwa Hafidz, maka kamu telah mencabar Uncle di dalam proses pemulihan kesihatan dan semangat dirinya. Kalau kamu tak dapat membantu, tetapi kamu janganlah nak merumitkannya.”
Adlan juga menulis dia akan sentiasa memerhatikan tindak tanduk Shu selepas ini.
“Progress kesihatan anak untuk pemasaran? Masih lagi buat? Saya akan memerhatikan dan buat analisis kebajikan cucu saudara kandung saya ini, terutamanya yang masih lagi kecil.”
Hafidz Roshdi juga ada muatnaik foto dan meminta semua membaca apa yang di tulis oleh pakciknya itu.
Namun selang beberapa jam, Adlan dan juga Hafidz Roshdi telah memadam hantaran berkenaan.