Ini reaksi netizen setelah melihat Shila Amzah, Ubai berpegangan tangan

4,305 views

Ramai yang dah tahu tentang hubungan antara penyanyi Shila Amzah bersama pengacara dan personaliti media sosial, iaitu Ubai. 

Kisah mereka mula diceritakan kepada di awal Februari baru-baru ini setelah ada beberapa video menunjukkan Shila terpanggil Ubai dengan gelaran ‘sayang’. 

Mereka berdua akhirnya mengaku sedang mengenali hati budi masing-masing ketika ini. 

Sejak itu, Shila Amzah dan Ubai sudah pun dilihat lebih terbuka untuk menunjukkan keakraban mereka. 

Yang paling terkini, ada satu video menunjukkan Ubai dan Shila Amzah sedang berjalan di kawasan gerai untuk membeli juadah makanan dipercayai di Genting Highland. 

Apa yang menarik perhatian ialah pasangan ini berjalan sambil berpegangan tangan. 

Ini sedutan video berkenaan yang telah dirakan oleh netizen yang ternampak pasangan ini. 

Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan tindakan Shila Amzah dan juga Ubai ini. 

Pelbagai komen telah diberikan setelah melihat aksi kedua selebriti berkenaan. 

Antara komen paling banyak ialah bertanya sama ada mereka berdua ini sudah mempunyai ikatan yang sah kerana telah berpegangan tangan. 

Ini antara komen yang ditulis: 

“Sudah kahwin ke dorang berdua ini.” 

“Dah boleh kahwin dah ni. Dah tahap kena kahwin.” 

“Cepatlah nikah tu, bagi halal cepat cepat.” 

Namun begitu, ada juga netizen yang memberi komen sinis kerana melabel pasangan ini bagaikan kakak dan adik, dan ada juga melabel bagai mak dan anak. 

“Yang lelaki tu macam budak sekolah.” 

“Macam mak dengan anak jalan pegang tangan.” 

Selain itu, baru-baru ini Shila Amzah ada muatnaik satu video menunjukkan Ubai ada memberinya cincin, dan ini sekaligus membuat orang ramai percaya hubungan mereka sudah ke fasa yang seterusnya, lebih serius.