Bulan lalu, penyanyi Azmi Saat, yang juga vokalis kumpulan Caliph Busker menerima tamaparan yang hebat apabila anak sulungnya telah menghembuskan nafas terakhir, hanya beberapa hari selepas dilahirkan.
Pemergian anak yang ditunggu lama, sudah tentu membuatkan Azmi dan isterinya amat terkesan. Terutama isteri kepada Azmin, yang Sembilan bulan mengandungkan anak mereka itu.
Menerusi satu entry di laman IG miliknya, Azmi ada memberi ucapan khas kepada isterinya, sempena hari kelahiran wanita berkenaan.
Namun apa yang didedahkan oleh Azmi membuatkan ramai yang sayu. Ternyata isteri kepada Azmi masih lagi terkesan apabila baby sulungnya itu pergi buat selamanya.
Malahan Azmi menyatakan isterinya sering menangis apabila teringat arwah anak mereka itu.
Baca ucapan penuh dari Azmi Saat kepada isterinya itu.
“Padah hari ni, ianya merupakan hari ulang tahun kelahiran orang yang sangat bermakna dalam hidup saya iaitu isteri saya. Dialah isteri, dialah juga sahabat, kawan dan nyawa saya.”
“Dipohon agar kawan-kawan semua dapat doakan dia supaya sentiasa menerima rahmat, diberkati, dilimpahkan rezeki yang berkat, akan selalu berada dalam kebaikan di dunia dan juga di akhirat.”
“Jikalau ada yang sudi, minta tolong juga berikan kata-kata positif untuk isteri saya ini. Hari ini juga dah genap sebulan arwah Afnan lahir. Ternyata, isteri saya ini masih belum boleh untuk melupakan saat-saat indah bersama cahaya mata sulung kami itu.”
“Sungguhpun keadaan isteri saya semakin hari semakin baik, namun setiap hari akan ada masa isteri saya ni terus menangis sebab terlalu rindukan Afnan dan teringat dengan semua detik indah itu.”
“Dengan adanya kata-kata positif dari semua, ianya akan dapat memberi seribu kekuatan kepada dia. Selamat hari lahri kepada Nazira Muhammad.”
Itulah ucapan dari Azmin Saat kepada isterinya Nazira. Semoga mereka terus kuat hadapi dugaan dan akan bahagia selalu, amin.