Baru 22 tahun, Aisar Khaled miliki kediaman mewah bernilai RM1 juta, view KL Tower

3,797 views

Selebriti Aisar Khaled bersyukur kerana berjaya memenuhi impiannya untuk memiliki kediaman sendiri di usia baru saja 22 tahun.

Bukan kediaman yang biasa-biasa, Aisar berjaya memiliki kediaman jenis kondominium mewah berharga RM1 juta.

Ianya berada dilokasi yang amat strategic iaitu di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur, malah view rumah itu ialah KL Tower.

Aisar ada muatnaik beberapa keping foto berada di rumah barunya itu.

Ini komen Aisar melalui laporan portal Mstar.

“Syukur rezeki saya dapat miliki rumah ini, memang gembira kerana tidak sangka-sangka dapat dah beli sebuah rumah pada usia saya yang masih muda ni.”

“Betul memang tak jangka nak beli rumah. Akan tetapi tiba-tiba ada terdetik kat hati ni nak miliki rumah. Jika saya tak tinggal di sini pun, ianya boleh dibuat sebagai satu investment.”

“Secara jujur, saya berbangga dengan diri sendiri kerana banyak melalui pelbagai cabaran. Saya mula mencari rezeki pada usia 17 tahun dan akhirnya ini hasil yang saya berjaya miliki.”

Tentang cara dia mencari rezeki, Aisar Khaled berkaat bermula dengan hanya menggunakan platform Instagram, kini dia merupakan seorang pelakon dan juga mempunyai business sendiri.

“Bermula hanya seronok-seronok dengan Instagram, lepas tu dapat offer berlakon dan sekarang saya ada buat bisnes. Ini semua rezeki untuk saya dan juga family.”

“Saya nak nasihat kita kena jangan muda putus asa dan kena try benda baru. Buat macam-macam kerja, sentaisa jumpa roang untuk timba ilmu. Jangan duduk saja.”

“Kena juga bijak tentang pengurusan wang, ketika muda kita cari duit dan kerja keras. Kena bijak menyimpan, jangan belanja benda tak perlu dan cuba invest di tempat yang betul.”

Aisar juga kini telah pun menceburi bidang pelaburan.

“Ini business saya sendiri. Saya nak bantu anak muda berjaya dan mempunyai harta pada usia muda. Yang penting kena ada ilmu. Setiap kerja pun memang ada risiko tapi kita kena kuat.”

Itulah kejayaan yang dimiliki oleh Aisar Khaled, bermual sebagai content creator kini dah pun bergelar pelakon dan juga usahawan.