Ini keadaan terkini penyanyi Ali XPDC. Menerusi kenyataan dari isterinya, Sharifah Azwana, Ali XPDC kini sedang dirawat di Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur.
Sharifah Azwana menambah, dia mengalukan jika ada bantuan dari segi kewangan dan lampin pakai buang untuk suaminya ketika ini.
Dari laporan Harian Metro, rakan kepada Ali XPDC bernama Fuad telah memanjangkan hal berkenaan di laman Facebook.
Buat masa sekarang, Ali memang bergantung harap kepada lampin pakai buang dan susu.
“Rakan Ali bernama Fuad, ada tanya pada saya, jika perlukan apa-apa. Saya cakap memang sekarang ini nak guna lampin pakai buang dan susu. Tapi dia tak dapat nak hantar, lalu dia pun beri duit saja.”
“Niat Fuad memang baik nak beri bantuan. Sekarang memang amat diperlukan bantuan kewangan nak beli lampin pakai buang dan susu. Abang Ali gunakan sehari satu beg lampin pakai buang. Ada juag terima sumbangan dari Melaka iaitu lampin pakai buang. Yang menyumbang tu kata dia tengok di Facebook.”
“Jadi, kalau ada yang menyumbangkan wang, dapatlah beli susu dan lampin pakai buang. Selain itu dapat juga tampung kos perjalanan ulang alik dari Klang. Saya minta anak-anak yang belikan keperluan kerana saya memang hanya berada di hospital saja jaga abang Ali.”
Tentang keadaan kesihatan, Sharifah Azwana menyatakan Ali XPDC kini semakin positif.
“Syukur sangat, abang Ali semakin baik dan pulih. Dia kini dimasukkan di pusat rehab ini hari Rabu. Hari Khamis dan Jumaat dah mula buat fisioterapi. Dua hari ni terus saja nampak perubahan. Dia dah boleh jalan sikit-skit tapi kena menggunakan tongkat.”
“Sekarag ni, memang dia masih tak boleh bercakap dengan lancar lagi. Makan dan minum susu pun menggunakan tiub sebab tekak dia masih sakit nak menelan.”
“Dari apa yang dinyatakan pihak doktor, abang Ali akan cepat sembuh, isnyaallah. Semangat dia memang kuat. Doktor kata dia mungkin berada di sini selama tiga minggu. Kalau okey boleh keluar awal.”
Itulah perkembangan terkini tentang Ali XPDC. Sebelum ini, Ali masuk ke Hospital Ampang dan pada mulanya dikatakan telah alami stoke. Ali XPDC juga telah ditidurkan kerana sukar bernafas.
Sama-sama kita doakan Ali XPDC agar kembali sembuh.