Di umur 57 tahun, Ramlah Ram diganggu, terima mesej, gambar yang bukan-bukan

1,990 views

Di usia sudah masuk 57 tahun, penyanyi Ramlah Ram masih lagi menerima komen yang bukan-bukan dari sesetengah individu.

Jelasnya, hal ini dah lama dia kena, sejak masa muda lagi, etika di zaman kegemilangannya, yang pernah dijulang menerusi lagu Kau Kunci Cintaku.

Kalau dulu Ramlah Ram terima komen serta mesej dari surat yang dihantar, kini penyanyi ini menerima komen dari DM di laman Instagram.

“Hal ini dah terjadi sejak zaman dulu lagi. Dari tahun 80an saya sudah merasai pengalaman macam ni. Dulu mereka menghantar surat. Macam-macam benda yang saya terima.”

“Tetapi sekarang ini saya kena di media sosial. Saya jarang buka jika mesej di DM, terutama dari orang tak saya kenal.”

“Namun jika saya buka, memang ada banyak yang dihantar engan kata-kata yang tak elok, malah ada juga dan gambar yang tak berapa nak senon0h.”

“Bagi sayalah, mereka yang buat hal macam ni sebenarnya ada masalah kesihatanmental.”

Walaupun Ramlah Ram tidak mengambil hal ini dengan serius, namun dia tetap jaga privasi sebab tak mahu diganggu dengan lebih teruk.

“Tak perlu layan orang yang hantar mesej seperti itu, Mereka nak perhatian saja. Kalau dedahpun nanti mereka buat lagi.”

Ramlah Ram turut dedahkan dulu dia pernah kena, sampai cuak nak pulang sebab takut ada ornag yang akan ikut.

“Masa awal terlibat dalam dunia seni, saya pernah rasa bimbang nak balik rumah, masa tu bimbang ada orang akan ikut.”

“Sekarang ini saya jadi menjaga privasi dan tak mendedahkan keberadaan saya. Pengalaman dulu buat saya lebih berhati-hati.”

Itulah pendedahan dari Ramlah Ram yang masih lagi diganggu sesetengah pihak di laman media sosial miliknya.