“Baru saja kenal 3 hari, dah ajak kahwin” Pendedahan ibu Neelofa, Datin Kartini

2,754 views

Sempena sambutan anniversary, ulang tahun perkahwinan mereka, ibu kepada Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini akkhirnya buka cerita tentang kisah pernikahannya dengan suaminya.

Suami Kartini bernama Datuk Abdul Halim Khan, seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Menerusi beberapa story di laman IG, Noor Kartini bercerita detik pertemuan serta pernikahan antara dirinya dan juga Halim Khan.

Menyamakan kisah mereka umpama kisah dalam movie, mereka pertama kali bertentang mata hanya di dalam kereta.

Jelas Noor Kartini, dia dan suami mula berkawan dan berkenal dari rakan mutual mereka. Di awal pertemuan mereka hanya pandang antara satu sama lain di dalam kereta yang berasingan.

Pertemuan seterusnya, mereka bertemu setelah rakan mutual mereka itu mengajak mereka berdua untuk keluar makan bersama.

“Pada malam tu rakan kami yang merupakan seorang Dato, tanya mama free tak, sebab Dato nak ajak mama keluar makan. Mama pun setuju nak keluar dan tiba-tiba nampak uncle (suaminya Halim Khan) ada di situ.”

“Lepas jumpa, mama pun terkejut sebab tiba-tiba esok lusa uncle kata dia memang nak kahwin dengan mama. Kami baru je kenal 3 hari dan masa tu pun dia tahu mama ada anak 5 orang. Kemudian Allah permudahkan urusan jodoh kami.”

Noor Kartini berkata suaminya amat baik dengan anak-anak dan dia amat bersyukur dengan hal berkenaan. Baginya Abdul Halim Khan ini seorang yang amat bertanggungjawab.

“Uncle ni penuh kasih sayang yang teramat besar. Amat menghormati dan memang menjaga mak dia. Dalam masa yang sama, dia sentiasa jaga, menghormati dan membahagiakan mama juga. Mungkinlah ni asbab kejayaan uncle dalam kehidupan dia.”

“Dulu sebelum mama ada business, uncle dah ada pun business. Masa tu semua family mama dia dah tolong dan bantu kepada mereka yang tak berkemampuan. Syukur Alhamdulillah bukan senang nak cari lelaki budiman yang terima seorang ibu tunggal macam mama dan anak-anak ni dengan ikhlas.”

Itulah kisah Noor Kartini dan suaminya, Datuk Abdul Halim Khan.