Rakan sendiri heret bekas isteri Dai Farhan, Dr Erin ke mahkamah

1,801 views

Ini satu kes melibatkan bekas isteri pendakwah selebriti, Da’i Farhan iaitu Dr Erin atau nama Ig nya, Dr Holisw.

Nampak Erin kini akan diheret ke mahkamah oleh seorang rakannya sendiri kerana melibatkan satu kes penipuan sehingga menyebabkan rakannya itu alami kerugian sekitar RM52ribu.

Wanita yang juga rakan Erin ini bernama Norsiyah Kasnawi seorang pengasas perniagaan kosmetik.

Sehingga kes ini naik mahkamah, dikatakan Norsiyah dah rugi sehingga RM52,900.

Norsiyah mendedahkan Dr Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim, telah perdayakan dirinya untuk berkolaborasi berniaga produk kosmetik bersama-sama.

“Saya mula kenal dia sebab ada mesej di Instagram dan tulis kata-kata semangat. Masa itu dia dipandang serong oleh masyarakat. Sejak itu hubungan jadi rapat malah kami bekerjasama dalam perniagaan kosmetik yang saya usahakan.”

“Erin jadi pembekal produk penjagaan kulit yang dikeluarkan di bawah jenama saya sendiri iaitu N’siya. Kemudian dia ada tawarkan khidmat membina website.”

“Di awalnya, saya tak ada syak apa-apa. Setelah jadi rapat, dia mula berani nak meminjam duit, dan sebab saya percaya, saya pun beri pinjam.”

Kemudian tentang perniagaan, Erin patut jadi pembekal dan akan sediakan roduk N’siya, malahan wang pendahuluan pun dah diberikan. Namun produk berkenaan tidak siap sampai hari ini.

“Lebih teruk, Erin ada kenalkan kepada saya seorang lelaki bernama Taufik yang mana dia kata merupakan pekerja di syarikatnya untuk bina laman web rasmi perniagaan saya.”

“Saya beri Taufik pembayaran penuh RM12ribu, tapi sampai sekarang masih belum diberi kata kunci dan akses untuk saya kendalikan website yang kononnya dibina. Bahkan laman web itu juga tak seperti yang dirancang di peringkat awal.”

Norsiyah dah buat report di Balai Polis Bukit Raja, Klang dan telah melantik peguam. Kini Erin akan diheret ke mahkamah kerana Norsiyah mahu tuntut keadilan.