Tak pernah kumpul raya, Osama Yamani mahu satukan keluarga Datuk Jamal Abdillah

2,696 views

Jika hari raya, antaar yang paling terkesan ialah anak yang mempunyai ibu bapa yang sudah berpisah. Terpaksa bergilir dan tak dapat berkumpul raya bersama kedua ibu bapa memang satu hal yang bukan mudah.

Itu juga yang dirasari oleh penyanyi Osama Yamani, 21 tahun. Anak sulung kepada Datuk Jamal Abdillah ini memang mahu ahli keluarga berkumpul bersama-sama ketika hari raya termasuklah bapa kandungnya itu.

“Tak ada apa yang saya harapkan selain setiap ahli keluarga dapat kumpul sama-sama beramai-ramai. Maksudnya ibu kandung dan bapa kandung dan juga ahli keluarga dapat kumpul semuanya sempena hari raya.”

“Sekarang ni, ibu kandung saya ada di Beruas, Perak dan saya selalu saja ulang alik untuk bertemu dengannya.”

“Bukan apa, kami ni tak pernah duduk berkumpul beramai-ramai. Sudah tentu ianya akan jadi meriah jika dapat beraya bersama-sama. Apatah lagi, jika diikutkan hubungan ibu kandung saya dan isteri kepada ayah saya tak ada masalah.”

“Selalunya, ayah sibuk dengan persembahan nyanyian di ibu kota dan itu antara sebab kami sukar untuk duduk beraya bersama. Kebetulan pula ibu saya pula kini tinggal di kampung, jadi ada kekangan dari hal itu.”

Osama yang kini mula berjinak-jinak dalam bidang nyanyian merupakan anak lelaki Jamal hasil perkahwinan bersama wanita bernama Intan Noraina Mohd Yusof.

Sementara itu, adik Osama iaitu Zaki Yamani akui dia memang beraya bersama ibunya saja sejak tahun 2016. Dah lama dia tak beraya bersama ayahnya Datuk Jamal Abdillah.

“Saya tinggal di Kajang dengan ibu, tapi hari raya pertama kami sambut kat Shah Alam. Sebab atuk saya tinggal di Seksyen 4, Shah Alam. Oleh itu kami ke sana untuk sambut hari raya dengan atuk.”

“Memang saya lebih banyak luangkan masa dengan family sebelah ibu saya. Kali terakhir beraya bersama baba pun semasa saya darjah empat, tahun 2016.”

“Saya tak kecil hati, cuma tak mahu lah baba berkata yang tak baik tentang ibu yang sentiasa jaga saya sejak kecil lagi.”

Zaki Yamani berkata, dia terbuka saja untuk menyanyi bersama Datuk Jamal Abdillah.

“Tentang kerjasama dalam lagu, saya sentiasa terbuka untuk berkolaborasi. Satu pengalaman baru untuk saya, kalau naik pentas yang sama pun saya tiada masalah. Kami pun anak-beranak.”

“Tetapi yang jadi kekangan ialah baba amat sibuk dengan kerja untuk merakamkan lagu pada hari yang sama.”

Itulah komen dari anak-anak Datuk Jamal Abdillah iaitu Osama Yamani dan juga Zaki Yamani.