“Bau dia, hanya Tuhan saja yang tahu” Uqasha Senrose

3,321 views

Kerjaya sebagai pelakon ini memang banyak benda serta perkara yang perlu dilakukan walaupun tidak pernah terfikir sebelum ini.

Untuk menjayakan watak yang diberika, pelakon akan lakukan apa saja demi mendapatkan feel serta menampakkan lakonan itu berjaya.

Tak kisah lah jika perkara berkenaan, sesuatu yang tak pernah dilakukan oleh mereka sebelum ini.

Itulah juga yang dilalui oleh dua pelakon terkenal iaitu Uqasha Senrose dan suami Kamal Adli.

Demi menjayakan watak dalam drama terbaru lakonan mereka iaitu naskah Terlafaznya Akad musim kedua, Uqasha Senrose dan Kamal Adli telah menjadi tumpuan kerana tampil diselebungi lumpur yang agak tebal juga.

Terkenal dengan penampilan yang sentiasa cantik dan manja, kali ini Uqasha Senrosr dilihat memberanikan dirinya untuk berada di dalam selut serta lumpur yang tebal.

Pelakon ini turut menunjukkan dirinya yang comot serta penuh lumpur di laman Instagram miliknya.

Mleihat gambar rare itu, ramai yang memberi komen bahawa walaupun dah penuh dengan lumpur, Uqasha masih lagi tetap maintain cantik.

Dah habis mandi lumpur pun still nampak cantik lagi, macam mana ye.” Itu antara komen murni yang ditulis oleh peminatnya.

Menerusi satu entry di story, isteri kepada Kamal Adli ini turut mendedahkan dia sanggup untuk meredah lumpur di sawah padi itu sungguhpun baunya yang agak tidak menyenangkan. Semuanya demi kerja.

“Banyak betul main lumpur dalam drama ni. Hanya tuhan sajalah yang tahu, bau lumpur ini macam mana. Apapun sebagai pelakon, harus jalankan tugas.” Itu yang dinyatakan oleh kakak kepada Nelydia dan Raysha ini.

Untuk drama Setelah Terlafaznya Akad musim kedua ini, Uqasha Senrose sekali lagi digandingkan dengan Kamal Adlli dan kini dah mula ditayangkan. Kepada para peminat Uqasha Senrose dan Kamal Adli, boleh lah mula layan di Astro Ria jam 10 malam.