Umum memang tahu, pelawak Ali dari kumpulan Puteh diketahui ada isu dengan balu kepada arwah abangnya Abam iaitu Nor Hidayah.
Kerana perbalahan antara Ali dan kakak iparnya itu, ianya ternyata memberi kesan yang agak ketara kepada pelawak ini.
Dari kenyataannya, kini Ali Puteh dah tak ada job dan banyak juga yang membatalkan tawaran kerja kepadanya.
Ali Puteh akui, kini sedang melalui kesukaran hidup dan sedang bertahan dengan wang simpanannya untuk sara family.
“Sejak dari awal kes ini, memang job saya banyak yang telah dibatalkan. Dah dua tahun, saya tak dapat banyak offer kerja.”
“Ramadan lepas, saya dapat offer untuk muncul program mengaji. Itu saja tawaran dapat. Saya diberi token sebanyak RM300.”
“Dua tahun lebih tak ada job. Untuk rancangan hiburan Muzikal Lawak Superstar dan Maharaja Lawak Mega itu lain sebab komuniti pelawak ni agak kecil. Namun, untuk offer lain macam lakonan, pengacaraan dan sebagainya, memang saya tak ada dapat langsung.”
“Kini memang saya bergantung kepada duit simpanan sendiri untuk sara keluarga. Kena berjimat cermat sebab saya ada anak sedang membesar. Apapun syukur sebab masih cukup.”
Bagi Ali, apa yang berlaku ini ada hikmahnya dan dia tak ada nak tuding jari kepada sesiapapun.
“Dah tentu saya rasa tertekan apatah lagi kini nak sara tiga orang anak. Saya cakap pada isteri, percayalah rezeki akan datang juga nanti.”
“Saya tak ada tuding jari pada orang lain, tapi pada diri sendiri saja. Mungkin ini merupakan balasan dari Illahi terhadap apa yang saya lakukan dulu. Tuhan jentik saya dengan ujian.”
Tentang hubungan dengan Hidayah, Ali kini dah bersedia nak jumpa dan selesaikan segalanya. Tetapi Ali tak mahu ianya dijadikan bahan cerita.
“Memang ada stesen televisyen yang nak temukan kami, namun bagi saya kalau nak berdamai tak perlu diberitahu umum, biarlah saya buat sendiri.”
“Dia juga boleh saja nak berjumpa saya untuk selesaikan semua hal tentang dokumen bagi tuntutan faraid.”
Dalam pada itu Ali Puteh memberitahu dia turut keluarkan wang dari KWSP untuk dijadikan sebagai modal berniaga.