Bekas pengetua Akademi Fantasia 5, Roslan Aziz disahkan hidap cancer tahap 4

8,386 views

Penerbit lagu yang juga jurutera muzik iaitu Roslan Aziz merupakan satu nama besar dalam industry seni suara tanah air.

Seorang yang berkaliber dan hebat, Roslan Aziz sebelum ini pernah dilantik sebagai pengetua rancangan hiburan terkenal Akademi Fantasia untuk musim kelima.

Pada musim kelima itu, juara Akademi Fantasia ialah Mila Jirin.

Di musim itu juga, rancnagan itu turut disertai beberapa nama popular seperti Aizat Amdan, Noni, Datin Heliza Helmi dan juga Dafi.

Kali ini ada perkembangan terkini tentang pengetua Akademi Fantasia itu. Roslan Aziz yang kini berumur 60 tahun, telah disahkan mempunyai kanser.

Dari laporan Awani, Roslan Aziz disahkan mempunyai limfoma stage 4.

Roslan berkata semuanya baru diketahui, setelah dia mengadu mempunyai rasa sebu di bahagian perut dan semakin berlanjutan.

Ketika itu, Roslan Aziz memang tak bermaya lantas pelbagai ujian serta pemeriksaan dibuat ke atasnya.

Hasil ujian darah dan pemeriksaan MRI, Roslan disahkan mempunyai limfoma.

“Dah tentu pada mulanya saya bersedih hati setelah doktor sahkan memang saya ada cancer.”

“Namun saya bersyukur juga walau ada kanser, keadaan saya sekarang masih tidak begitu teruk.”

“Apapun memang saya sedar yang mana hidup yang akan saya lalui sangat singkat sebab di penghujung cancer itu ialah pergi buat selamanya.”

Menjelaskan prognosis cancer tahap empat, Roslan Aziz akui, doktor pernah memberitahu hayatnya kini memang dah tidak lama. Namun semuanya merupakan perancangan dari Illahi.

“Saya diberitahu oleh pihak doktor bahawa saya hanya ada masa lebih kurang enam bulan saja lagi untuk hidup. Kalau dibuat mungkin Jun ini hayat saya berakhir.”

“Sepanjang hidup saya ni, apa yang saya mahu semuanya sudah saya buat. Saya tahu saya dah nak pergi buat selamanya, jadi saya sedang buat persiapan. Saya tak akan dapat bersama dengan isteri dan anak-anak.”

Dalam pada itu, sejak kisah Roslan Aziz yang mempunyai cancer diketahui, memang ramai rakan artis serta kenalan yang melawatnya di rumah. Antaranya Puan Sri Tiara Jacquelina, Ida Nerina, dan ramai lagi.

“Memang hilang rasa setelah kawan-kawan saya datang ke rumah, ziarah saya. Saya amat hargai kehadiran mereka semua.”

“Saya bersyukur ada family dan teman-teman yang amat baik, dan amat ambil berat tentang diri saya ini.”

“Setelah kena cancer, saya sedar, kita ni tak boleh hanya seorang diri saja, memang kena ada teman, ianya amat penting.”

“Saya ada teman dan juga family, termasuk ayah saya dan dah berumur 83 tahun. Kami pun tinggal bersama. Ini hikmahnya.”

Roslan Aziz juga berterima kasih kepada isterinya Sopphilea yang menjaga dan sentiasa berada disisinya.

“Saya tak tahu apa akan jadi kalau Sopphilea tak ada. Kami bukan hanya sekadar pasangan suami isteri, bahkan, kami ni juga merupakan sahabat karib.”

“Dialah kawan paling rapat dalam hidup saya, sejak kahwin 23 tahun lalu. Terima kasih Sopphilea.”

itulah perkembangan terkini Roslan Aziz yang disahkan mempunyai cancer limfoma tahap empat. Semoga Roslan Aziz akan terus kuat.