Nurulhidayah pernah kenenkan Siti Bainun dengan adik lelakinya

6,586 views

Anak sulung kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurul Hidayah ada membuat kenyataan bahawa bapanya itu bukanlah bapa angkat kepada Siti Bainun.

Siti Bainun kini sedang berdepan dengan dakwaan melibatkan kes dengan seorang kanak-kanak bernama Bella ketika ini.

Datuk Ahmad Zahid Hamidi terpalit sebagai bapa angkat setelah ada gambar Siti Bainun bersama tokoh berkenaan.

Walaupun Nurulhidayah tidak mengaku Siti Bainun merupakan anak angkat kepada bapanya, Nurulhidayah akui, sebelum ini dia meamng mengenali Siti Bainun.

Mempunyai perwatakkan yang peraman, Nurulhidayah memang sukakan imej yang dibawa oleh pengasas rumah Bonda itu.

Sehinggakan Nurulhidayah pernah cuba nak kenenkan Siti Bainun dengan adik lelakinya.

“Sebagai kakak yang sulung, saya selalu nak yang terbaik untuk semua adik saya. Sebelum ni saya kenal dengan orang kena tuduh (OKT, nerujuk kepada Siti Bainun), dia ni memang peramah dan suka bantu orang, termasuk buat kerja amal.”

“Gambar ni merupakan gambar OKT dan juga adik bongsu saya di satu majlis di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya.”

“Masa ni OKT merupakan seorang pekerja yang terlibat dengan kerja sokongan di Ibu Pejabat UMNO. Masa tu semua kakitangan pejabat TPM dan UMNO telah hadir sebagai tetamu.”

“Saya ni sebenarnya agak nakal juga dan cuba kenenkan atau match make adik bongsu saya ni dengan OKT. Adik saya ni seorang yang sangat baik, begitu rapat dengan keluarga dan tidak pandai bergaul sangat terutama dengan perempuan. Dia ni agak pemalu orangnya.”

Nurulhidayah mengatakan hubungan antara adik lelakinya dengan Siti Bainun memang pernah rapat namun akhirnya telah berakhir.

“Apa yang berlaku selepas usikan demi usikan, kemudian mereka pun jadi rapat. Tetapi hanya Allah yang Maha Mengetahui. Hubungan mereka jadi tegang dan kini semakin renggang.”

“Saya ada nasihatkan adik saya suapay lupakan hubungan kalau dah tak ada sefahaman.”

“Tak ada niat pun nak dedahkan aib sesiapa, cukup nak kata mereka berdua tak ada keserasian.”

“Tiada cerita mereka ni hampir nak kahwin sebab saya dan adik perempuan memang benar menentang perhubungan itu setelah terjadinya beberapa isu.”

“Cukuplah nak saya nyatakan, saya ni merasa diri telah dikhianati.”

Itulah pendedahan dari Nurulhidayah tentang kisah Siti Bainun dengan adik lelakinya.