“Please stay strong” Rakan artis terkejut, baru tahu kisah Roslan Aziz

4,571 views

Kini ramai yang baru tahu bahawa penerbit dan juga pemuzik terkenal Roslan Aziz telah disahkan menghidap kanser.

Bekas pengetua Akademi Fantasia musim kelima itu mempunyai kanser jenis limfoma tahap empat.

Ramai rakan artis yang melahirkan rasa simpati dan mendoakan agar semua urusan Roslan Aziz, yang kini berumur 60 tahun, akan dipermudahkan.

Penyanyi Datuk Nora Ariffin rasa sedih apabial mengetahui tentang berita duka ini.

Katanya, Roslan Aziz memang banyak berjasa dalam industry seni tanah air. Roslan juga merupakan individu yang bertanggungjawab menggabungkan Nora Ariffin dengan Datuk Sheila Majid dalam lagu Jentayu.

“Please stay strong abang Lan. Saya tumpang sedih bila tahu abang Lan diuji dengan kanser. Banyak jasa abang Lan dalam industry dan juga artis yang hebat.”

“Untuk pengetahuan, Roslan Aziz adalah individu yang telah gabungkan saya dan juga Dato Sheila Majid dlm lagu berjudul Jentayu.”

“Lagu Jentayu menang anugerah di AIM 1996. Lagu itu ciptaan Johan Nawawi lirik oleh Dato Usman Awang. Tepai ramai tak tahu ianya idea kreatif Roslan Aziz, yang juga producer lagu tersebut.”

“Sama-sama kita berdoa agar Roslan Aziz mampu pulih seperti biasa.”

Selain itu, penyanyi dan pelakon dari keluaran Akademi Fantasia 2013 iaitu Amira Othman turut terkejut dengan berita berkenaan.

Jelas Amira Othman, Roslan Aziz merupakan juri ketika AF2013, dan memang banyak jasa yang dilakukan dalam karier Amira Othman.

“Begitu banyak jasa beliau pada saya. Amat terkejut apabila tahu berita ini. Saya turut bersedih tapi, uncle Roslan yang saya kenali merupakan seorang yang mempunyai semangat yang kuat.”

“Saya amat percaya uncle Roslan akan tabah dan dengan izin Illahi, akan dikurniakan keajaiban dan kesembuhan kepadanya. Saya harap dapat bertemu dengannya dan tak mengganggu uncle Roslan.”

Selain itu, Datin Tiara Jacquelina turut muatnaik satu entry mengatakan dia telahpun melawat Roslan Aziz. Katanya, Roslan Aziz masih lagi bersemangat.

“Dapat berjumpa dengan Roslan Aziz di rumahnya, setelah sekian lama tak jumpa. Roslan masih bersemangat tinggi. Kanser tak ada apa-apa dengan dia, seorang yang legend.”

Sama-sama kita doakan agar Roslan Aziz cekal dan kuat lalui ujian ini. Semoga kembali sembuh.