“Kau buat perangai eh Aidil, tunggu kau” Zaquan terkena gurau kasar dari kembarnya

3,817 views

Siapa yang tak kenal dengan pasangan kembar yang juga merupakan pemain bola sepak negara iaitu Aidil Zafuan dan juga Zaquan Adha.

Hebat sebagai pemain bola sepak, kedua mereka yang kini berumur 34 tahun, juga boleh dikatakan memegang status selebriti kerana memiliki wajah yang tampan selain mempunyai beberapa kisah dengan selebriti terkenal tanah air.

Sempena hari raya pada tahun ini, kedua mereka dilihat beraya bersama di rumah keluarga di Negeri Sembilan. Setelah dua tahun tak beraya, ini kali pertama Adil dan Zaquan beraya bersama.

Apa yang menariknya, kedua adik beradik yang memang akrab ini dilihat telah bergurau di pagi raya.

Adil yang merupakan abang kepada Zaquan telah bergurau dengan agak kasar dengan adiknya iaitu Zaquan.

Hal ini diceritakan oleh Zaquan menerusi satu entry di laman Ig miliknya.

Zaquan yang merupakan suami kepada Ayu Raudhah, telah muatnaik satu video yang memperlihatkan Aidil telah meletakkan mer-cun di dalam periuk di bilik Zaquan ketika Zaquan sedang nyenyak tidur.

Habis meletop-letop la mer-cun berkenan di atas katil, sehingga terkejut dibuatkan Zaquan.

Ianya diikuti dengan gelak tawa dari si abang yang melihat adiknya itu terkial-kial dalam kejutan.

Ini tulis Zaquan: “Kau memang buat perangai eh Aidil Zafuan, nasib baik weh tak terbakar tilam ni. Kau tunggu kejap. Ada hari lagi ni.

Jom layan video gurau kasar dari Aidil kepada Zaquan ini.

Di ruangan komen, ramai yang menulis meminta Zaquan untuk balas kembali kepada Aidil.

Kembar dua orang ni memang suka gurau. Tak sabar nak tunggu Zaquan balas pulak.” Tulis seorang follower.

Ini memang gurau kasar level Arab ni.” Tulis seorang lagi follower.

Lain macam gurau kasar kembar dua orang ni.” Tulis peminat kedua pemain bola sepak ini.

Untuk info, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha memang seringkali gurau seperti ini. Mereka juga selalu saja bergurau seperti ini ketika di kem latihan bola sepak.