“Berdosa besar buka aib orang, Nabi yang baik pun orang ada menfitnah” ~ Mak Wan

6,528 views

Selepas pihak bekas suami Mak Wan Latah iaitu Husain Dolah, membuat kenyataan bahawa pelakon ini tidak mempunyai akhlak yang baik serta tidak menghormati bekas suami, ramai yang tertunggu apa pula kata dari mak Wan Latah.

Namun, ternyata Mak Wan tidak mahu memanjangkan cerita dan hanya mahu menyimpan aib keluarga termasuk pihak bekas suaminya itu.

“Bukannya saya tak nak jawab, memang keadaan tak mengizinkan.”

“Saya tak nak menjawab sebab tak mahu aibkan sesiapa termasuklah keluarga belah sana.”

“Sungguhpun ada perkara yang saya nak beritahu, namun saya tak nak. Biarlah saja Tuhan yang menghukum dan menentukan semuanya.”

Mak Wan turut muatnaik satu video yang menyatakan, adalah satu perkara yang tak baik jika membuka aib seseorang.

“Cukuplah, jangan cakap benda yang tak baik lagi. Hal ini pun sudah selesai. Saya tak nak mengaibkan sesiapa. Biarlah saya dan Tuhan yang tahu. Kita ni berdosa besar buka aib orang.”

“Saya ni pun memang bukanlah orang yang baik sangat dan saya pun tak nak berakhir begini. Ada hikmahnya.”

“Dalam bulan puasa ni memang saya tak nak jawab apa-apa. Tak mahu aibkan sesiapa. Nabi Muhammad yang baik pun orang fitnah, apatah lagi manusia biasa. Saya diam saja.”

Mak Wan kini dalam fasa menggembirakan dirinya saja, dan mahu fokus kerja.

“Saya sekarang semakin happy, macam dulu. Kembali kepada normal. Saya tunggu mahu kerja, nak fokus pada dunia seni, dunia dan akhirat.”

Mak Wan Latah juga tak mahu lagi fikir tentang jodoh, dan mahu hidup sendiri.

“Taklah kot. Buat masa sekarang tak kot. Tak mahulah pisang berbuah empat kali. Saya bersyukur dapat kesihatan yang baik, ada tenaga untuk kerja sendiri. Dari harapkan orang, baik saya hidup atas kaki sendiri.”

Itulah komen dari Mak Wan latah tentang kisah perkahwinannya dengan Husain Dolah yang bertahan 3 bulan saja.