Beri emoji love, keluar berbuka bersama, Alif Hadi akui rapat dengan Yasmin Hani

7,540 views

Pelakon Yasmin Hani pernah mengumumkan dirinya telahpun berpisah dengan Shaarin pada bulan Disember tahun 2022.

Melalui satu entry dan posting di laman Instagram, Yasmin Hani dan Shaarin memberitahu akan membawa haluan masing-masing dan akan menjaga anak-anak mereka dengan sebaik mungkin.

Mereka berdua mengakhiri hubungan namun ianya dilakukan secara mutual dan baik-baik saja.  

Setelah empat bulan single, Yasmin Hani, 42 tahun, telah muatnaik beberapa foto keluar berbuka dengan anak-anak sambil ditemai dengan seorang jejaka kacak.

Jejaka berkenaan merupakan pelakon bernama Alif Hadi, 34 tahun.

Alif Hadi juga sebelum ini ada muatnaik foto bersama Yasmin Hani malah diikuti emoji love.

Menerusi satu laporan dari portal Mstar, Alif Hadi mengesahkan dia kini memang rapat dengan Yasmin Hani dan masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing.

Pelakon ini berkata dia juga mahu mengambil hati anak-anak Yasmin Hani terlebih dulu sebelum ke fasa seterusnya. Anak Yasmin ada dua orang iaitu Noah Ismail Wong, 9 tahun, dan Eissa Elzander Wong, 6 tahun.

“Kami sedang berkawan rapat, berilah peluang untuk kami saling kenal mengenali antara satu sama lain dulu.”

“Antara kami tak ada masalah untuk serius bersama, tetapi kena fikirkan juga tentanganak-anak dia.”

“Saya perlulah lebih serasi dengan dua orang anak Yasmin terlebih dulu.”

Ditanya bagaimana boleh jalinkan hubungan, Alif Hadi memberitahu, mereka berdu apernah berlakon bersama sebelum ini.

Namun dia dan Yasmin baru saja rapat beberapa bulan lepas.

“Kami berdua pernah sama-sama berlakon dan sebelum ini kami hanya bertegur sapa seperti rakan biasa saja. Dan sejak beberapa bulan lalu, baru kami mula rapat.”

Alif Hadi berkata untuk ke fasa yang serius atau bertemu jodoh dengan Yasmis, dia tak akan menolaknya, jika itu merupakan takdir yang ditentukan Illahi.

“Jika mahu melangkah ke fasa yang lebih lanjut, saya tak ada masalah kalau Allah dah tentukan jodoh saya.”

“Apapun, kita pun tak tahu masa akan datang. Saya teruskan dan tengok nanti macam mana kesudahannya.”

Itulah komen Alif Hadi tentang hubungan dengan Yasmin Hani.