Ramai yang bercakap-cakap tentang penyampai radio Fizi Ali yang telah berpisah dengan bekas isteri iaitu pelakon Shakilla Koriri tahun lalu.
Sudah tiga bergelar duda, baru-baru ini ramai mengatakan Fizi ni terlalu mudah move on setelah memberi komen sweet kepada seorang wanita.
Seperti biasa, ada yang mula menuding jari menyatakan Fizi terlalu senang melupakan kisah lama dan kini sedang memikat wanita lain.
Tak kurang juga yang mengatakan, itu memang hak Fizi, memandangkan dia sudah pun single.
Akhirnya tuan punya badan memberi jawapan tentang kisahnya dengan wanita berkenaan, menerusi satu lapoan Ohbulan.
Fizi mengesahkan bahawa dai dan wanita itu hanya kawan biasa saja, tak ada hubungan istimewa pun.
Wanita itu bernama Shahida dan mula berjumpa semasa bersama-sama menjayakan satu majlis sebagai pengacara.
“Saya dan wanita itu, iaitu Shahida hanya berkawan saja. Video itu kami terjumpa di satu majlis dan dia pun upload moment itu. Kami bukannya bercinta pun, hubungan sebab kerja. Shahida merupakan person incharge di majlis itu.”
“Mereka yang kenal saya memang tahu saya ni suka gura-gurau. Contoh macam tulis komen sebegitu. Tapi tidak sangka kali ini boleh jadi viral pula.”
Kerana video itu jadi tular pelbagai kata-kata kurang enak dilemparkan kepada Fizi Ali. Antaranya mengatakan dia masih sanggup menggatal walhal anak sedang tidak sihat.
Ada juga mengatakan Shahida sebagai punca keretakkan rumah tangganya dengan Shakila Koriri.
“Sampaikan ada pihak yang cakap saya bapa tak berguna. Anak tengah positif, saya dikatakan pula menggatal, macam tu katanya. Ada juga cakap Shahida punca saya dan Shakilla berpisah, cakap dia sondol suami orang.”
“Tak patut cakap begitu, kesian pada Shahida. Dia tak buat apa pun. Kalau tak tahu hal sebenar, baik jangan cakap.”
Tentang jodohnya di masa akan datang, Fizi Ali meminta yang terbaik saja dan minta semua doakan.
“Jodoh itu tertulis dari tuhan. Jika ada tu adalah. Tapi sudah tertulis saya dengan Shakilla jodoh tidak panjang.”
Itulah kisahnya tentang Fizi Ali.