Di umurnya 36 tahun, Sharifah Amani disah telah pun bergelar isteri kepada Ahmed Faris Amir, 38 tahun semalam.
Pasangan pengantin ini telah diijab kabulkan pada pagi Sabtu di sebuah lokasi di Bukit Damansara, Kuala Lumpur oleh penolong pendaftar nikah serta wali iaitu ayah Sharifah Amani.
Majlis pernikahan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga serta insan yang terdekat saja.
Faris, yang merupakan seorang CEO sebuah syarikat swasta, telah memberi mas kahwin sebanyak RM300 dan menghantar lima dulang hantaran dan kemudian dibalas sebanyak tujuh dulang hantaran oleh pihak Sharifah Amani. Tentang wang hantaran, ianya telah dirahsiakan atas permintaan family.
Bakal melalui fasa dan kehidupan yang baru, Sharifah Amani dan suaminya Faris akui kini dah bersedia sungguhpun hubungan mereka berlaku dengan begitu cepat sekali.
“Bersyukur, alhamdulillah, di sebalik ujian pandemik melanda, impian saya telah pun dipermudahkan.”
“Walau semuanya berlaku dengan amat pantas, saya percaya ada hikmahnya setelah kami berdua disatukan sebagai suami isteri.”
“Semoga fasa yang baru ini akan akan memberi kematangan buat saya dan juga suami.”
Bercerita tentang bagaimana dia bertemu suami, Sharifah Amani menyatakan, semuanya berlaku ketika mereka bekerja bersama.
Sekitar tiga tahun yang lepas, Sharifah Amani telah menjadi Ahli Lembaga Pemegang Amanah untuk satu organisasi yang kebetulan dijalankan oleh Faris, sebagai CEO.
Berkenalan di tempat kerja, secara profesional, tanpa disedari telah timbul pula rasa cinta yang berputik.
Antara sikap yang membuatkan Sharifah Amani terpikat ialah Faris selalu saja menghiburkannya.
“Nak dijadikan cerita, selepas PKP ni, masing-masing pun berstatus solo. Cinta kemudian datang tanpa diduga sehinggalah akhirnya kami bertemu jodoh.”
“Suami saya ni selalu saja buat saya tergelak dan mudah terhibur. Memang kami ni amat serasi, dia merupakan antara individu ketika lepak, yang amat sempoi dan memang terbaik.”
Plan selepas nikah, mereka akan pindah ke rumah baru dan kemudian baru fikir untuk berbulan madu.
“Kami mahu selesaikan proses perpindahan ke rumah baru selepas berkahwin ni.”
“Mungkin dah habis kerja dan suami pun boleh cuti, kami akan fikir rancangan secara spontan saja, mungkin end of this year pun okey saja.”
Tahniah buat Sharifah Amani dan suaminya Faris, selamat pengantin baru diucapkan.