Sah, nama Puteri Balqis digugurkan dari sebuah drama bersiri

3,431 views

Pelakon remaja Puteri Balqis atau lebih mesra dengan nama Aqish kini sedang dalam tumpuan orang ramai keraan kes melibatkan ayah kandungnya. 

Setelah ianya jadi kes polis setelah ayah disiasat, Puteri Balqis menerima perkhabaran yang duka setelah namanya digugurkan sebuah produksi kerana kes berkenaan. 

Hal ini disahkan sendiri oleh ibu Puteri Balqis iaitu Ashikin. 

Jelas Ashikin, nama Puteri Balqis telah sah digugurkan dari sebuah penggambaran drama bersiri untuk siaran sebuah televisyen swasta. 

Ashikin juga mula rasa bimbang memikirkan masa depan kerjaya seni Puteri Balqis di masa akan datang.  

Malahan, Puteri Balqis juga terpaksa memulangkan semula wang pendahuluan yang diterima anaknya kepada produksi berkenaan.  

“Memang saya dan Aqish agak sedih untuk beritahu, iaitu tawaran kerja berlakon untuk sebuah stesen televisyen swasta sebanyak 14 episod telah pun ditarik balik.”  

“Biasalah kes ini kan tengah viral.” Itu antara kata-kata dari ibu kepada Puteri Balqis.  

Dalam pada itu, Ashikin juga bimbang kerana punca pendapat dari pemasaran buku tulisannya juga dilihat amat perlahan baru-baru ini. 

Buku berkenaan berjudul 38 Poems of Puteri Balqis.   

Namun begitu, walau rasa bimbang, Ashikin tertap percaya rezeki dari Illahi, dan akan ada juga kelak. 

“Memang bimbang juga sebab jualan buku pun akan perlahan.”    

“Saya ada rasa risau, tapi kami dikelilingi orang-orang yang baik dan semuanya amat membantu. Itu pun dah memadai buat saya untuk terus jadi lebih kuat.” 

Selepas saja mendedahkan perbuatan ayah kandungnya, secara tiba-tiba nama Puteri Balqis telah digugurkan dari produksi berkenaan. 

Sehingga kini tidak diketahui drama apa mahupun produksi mana, ianya tak disebut oleh pihak Puteri Balqis. 

Semoga segala urusan Puteri Balqis dan ibunya itu akan dipermudahkan selepas ini.