Berniaga ayam, Ali Puteh terpedaya “Terus terang, saya kecewa”

2,716 views

Pelawak Ali Puteh sebelum ini ada dilihat menceburi perniagaan ayam. Ali kemudian dilantik menjadi duta satu syarikat pembekal ayam.

Namun, hari ini, Ali Puterh memaklumkan dirinya telah terpedaya dengan syarikat berkenaan.

Oleh itu, Ali membuat kenyataan bahawa dirinya tiada kaitan lagi dengan syarikat pembekal ayam berkenaan, agar tiada masalah akan timbul.

“Saya tidak nak ada pihak lain yang berdepan dengan masalah apabila berurusan dengan syarikat pembekal itu.”

“Secara berterus-terang, memang saya pun kecewa kerana perjanjian antara saya dan syarikat itu tak berjalan seperti yang sepatutnya.”

Ali Puteh memberitahu, walaupun sudah melakukan kerja sebagai duta, namun dia tak menerima bayaran.

Adik kepada arwah Aba mini bertambah ralat sebab melepaskan tawaran yang bernilai puluhan ribu sebab nak fokus dengan perniagaan ayam ini.

“Saya ambil tawaran ini sebab diperkenalkan oleh kawan yang memang saya kenal.”

“Bagi saya ia satu peluang terbaik untuk menjana pendapatan lebih stabil, namun begitu perkara lain pula terjadi.”

“Sedih sebab saya dah lepaskan offer lain untuk fokus benda ini. Saya ada banyak tanggungjawab dan juga tanggungan.”

Ali Puteh memaklumkan bahawa memang dah ada kontrak sah dengan syarikat ayam tersebut, malah dia cuba mendapatkan penjelasan namun sehingga kini belum terjawab.

“Apakan daya, saya terima dan percaya ada hikmah nya. Tapi saya kena tampil untuk membuat kenyataan tentang hal ini supaya, tak ada lain yang terkena ketika buat urusan dengan syarikat berkenaan.”

Itulah perkembangan terkini tentang Ali Puteh yang sebelum ini aktif berniaga ayam.

Kini Ali Puteh kembali aktif dalam bidang seni dan telah menyertai rancangan reality Muzikal Lawak Superstar bersama Achey, dan Shiha Zikir.