Dah tak tahan lagi, Nadya Syahera dedah perangai suami

9,588 views

Mungkin dah lama memendam rasa, pelakon Nadya Syahera telah meluahkan perasaan tentang sikap dan perangai suaminya iaitu Fizul Nawi.

Jelas Nadya Syahera, dia kini tertekan kerana suami selalu saja tiada di sisinya, dan lebih banyak menghabiskan masa dengan bekerja dan juga melepak di luar.

Menjaga anak seorang diri, Nadya Syahera meluahkan rasa hatinya yang terpendam menerusi beberapa hantaran di Ig story.

Antaranya, Nadya mendedahkan, suami pergi ke negara jira, selama berminggu lamanya, dan hanya meninggalkan dirinya menjaga anak sendirian.

“Dah la keluar pergi bekerja kat Thailand sampai berminggu-minggu lamanya tinggalkan saya dengan tiga orang anak terkontang-kanting. Saya sampai dah tepu duduk rumah, tak tahu nak cakap macam mana.”

“Jika keluar dengan semua anak pun, memang dia ni susah nak dukung anak. Sebab itu mental saya agak terganggu. Saya ni selalu memujuk hati cakap ada orang lain lebih susah.”

“Saya sekarang dah penat sangat pendam rasa, tak ada ruang nak jelas kat dia, sebab dia tu busy 24jam saja.”

“Bila saya cakap saja, hanya masuk telinga kiri keluar kanan. Sedih sungguh apabila saya cakap dia langsung tak ambil peduli.”

Selain itu Nadya Syahera juga mendedahkan suaminya kerap saja pulag lewat dan dia kena tunggu untuk buka pintu.

“Memang terasa hati ini, apabila dia senang lenang kat luar pergi bershisha walhal saya tungkus lumus urus anak tiga orang seorang diri.”

Pelakon ini menjelaskan, dia pun rasa kesian kat anak sebab kadangkala memarahi mereka ketika rasa stress.

“Aleena dan Mamad kerapkali kena dimarahi saya akhir ini kerana saya rasa penat. Anak-anak apabila nak membesar ni memang ada saja benda yang mereka buat, sampai saya naik angin.”

Pelakon Nadya Syahera dan suami Fizul Nawi berkahwin pada tahun 2015 dan dikurniakan 3 orang anak Aleena 7 tahun, Mamad 6 tahun dan Barr Adam, umur 3 bulan.