“Kuat betul cable Dina ni” Penonton mula persoal Dina tak tersingkir

1,249 views

Pada minggu ini, minggu yang kelapan, nampaknya tiada penyingkiran untuk program Gegar Vaganza musim ke sembilan, GV9. 

Peserta Dina Nadzir telah mendapat merkah yang terendah pada minggu ini ketika membawa lagu nyanyian asal dari Datuk Zainal Abidin iaitu Hijau. 

Ternyata cubaan Dina gagal memikat hati para juri dan menerima markah terendah. 

Ketua juri, iaitu Datuk Ramli MS menyatakan nyanyian Dina amat berterabur, dan tidak berjaya, malah akan menerima markah yang rendah dari maestro muzik berkenaan. 

Seperti yang diramal, Aseed Def Gab C dan Dina merupakan peserta yang mendapat dua kedudukan terbawah, sebelum Dina diumumkan peserta menerima markah terendah. 

Akan tetapi masih lagi ada lagu buat Dina di saat akhir, dan pengacara Elly Mazlein terus memeluk erat Dina. 

Namun begitu, jika dilihat di laman media sosial, ramai yang mula muak dengan program ini yang seringkali tidak membuat penyingkiran. 

Ramai yang menyatakan pihak Astro mahu menyimpan Dina Nadzir kerana peserta ini merupakan staff Astro, kerana Dina merupakan penyampai radio di Sinar FM. 

Ada juga yang menyatakan bahawa jika Asheed di bawah sekali, sudah tentu dia akan disingkirkan. 

Ini antara komen dari penonton. 

“Kuat betul cable Dina ni, tak boleh kesian, ini merupakan satu pertandingan.” 

“Astro ni nak selamatkan staff dia dari tersingkir nampaknya.” 

“Dah dua kali Dina ni diselamatkan, hari tu dia tak datang tak pe lah, ni dah tercorot pun diselamatkan lagi, nampak sangat.” 

Sungguhpun begitu, ramai peminat setia Dina mahu penyanyi ini terus kuat dan akan sentiasa memberi sokongan tak berbelah bagi kepada Dina. 

“Teruskan Dina, ada peluang lagi, terus semangat, buat yang terbaik.” 

Sementara itu, Dina ditanya tentang komen dari Tok Ram dan akui dia kena belajar dari orang lama.  

“Kita kena terima. Mereka ni merupakan guru, apa yang mereka kata tu, kita kena terima. Kalau tak terima, macam mana nak belajar.”  

“Banyak perkara yang jadi tak betul kalau menyanyi secara langsung ni, apatah lagi ada rasa gementar.  Juri pula ada kat depan tu.” 

Semoga Dina Nadzir terus sukses dan cemerlang dalam minggu akan datang dan berjaya ke final Gegar Vaganza.