Pelakon Fathia Latiff menjadi tumpuan orang ramai apabila berbicara tentang pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan juga suaminya iaitu Aiman Hakim Ridza.
Ramai yang terkesima melihat betapa selamba saja Fathia bercerita tentang Zahirah dan juga Aiman secara terbuka menerusi satu siaran langsung.
Antara yang menjadi tumpuan ialah apabila Fathia melabel Zahirah sebagai bibik.
Fathia berkata sedemikian apabila ada individu yang menulis di akaunnya bahawa Zahirah Macwilson yang seorang yang cantik.
Bukan saja melabel Zahirah sebagai bibik, namun Fathia juga berkata pelakon berkenaan melakukan perubahan bibir di Australia.
“Zahirah Macwilson cantik. Korang pasti ke, bagi saya dia kelihatan macam bibik. Ayah dia pun pelakon yang tak terkenal.”
“Dia pun buat bibir dia kat Australia. Saya lagi cantik dari dia. Syukur dia dengan lelaki tu. Say apun memang tak nak pada dia.”
“Mana boleh dia nak lawan saya, pengikut dia dan Aiman kalau bergabung pun tak boleh nak lawan saya.”
Selain itu, Fathia juga berkata Aiman yang merupakan bekas kekasih hatinya, sebenarnya ornag yang tak berduit.
“Aiman mana ada duit, apa yang dia buat. Korang ingat anak datuk kaya ke, dorang pinjam duit dari orang la.”
Selain itu, Zahirah juga berkata dia pernah lalui yang mana namanya pernah dikeluarkan dari satu event.
Ini video penuh Fathia Latiff.
Setelah video ini menjadi tular, Fathia tetap dengan pendiriannya berkenaan apa yang keluar dari mulutnya itu.
Melalui beberapa hantaran, Fathia berkata apa yang dia ucapkan itu adalah haknya.
Malahan Fathia juga mencabar Zahirah dan juga Aiman untuk menyamannya.
Melihat ruangan komen, ada yang memberi sokongan kepada Fathia Latiff, dan ramai juga yang menyatakan sokongan kepada Aiman dan juga Zahirah.
Ekoran dari komen Fathia latiff ini, sehingga kini, masih belum lagi ada sebarang reply dari pihak Aiman Hakim Ridza dan juga Zahirah Macwilson.