Update Shuib sebentar tadi: “Doktor call, keadaan Sarah kurang baik”

1,482 views

Pada malam ini, malam Ahad 8 Ogos 2021, setelah selesai satu lagi majlis bacaan Yassin secara virtual, Shuib telah buat satu lagi update tentang keadaan isteri tercinta, Siti Sarah.

Kata Shuib, dia baru saja terima panggilan dari pihak doktor yang merawat Siti Sarah dan telah memberikan satu berita kurang baik.

Sebenarnya Shuib tak tau nak cakap macam mana kerana doktor memberitahu secara tiba-tiba bacaan oksigen Sarah telah turun pula. Ketika ini, paras oksigen hanya mencapai sekitar 40 peratus saja, walaupun sebelum ini sudah meningkat sehingga 70 hingga 80 peratus.

Saya nak pohon kemaafan kerana sebelum saya join sesi live ini kebetulan pihak doktor baru saja call dan maklumkan keadaan terbaru Sarah, ianya tak berapa baik.

Terus saya tiba-tiba hilang kata-kata. Saya tidak tahu nak cakap apa lagi. Namun saya yakin dan pasti selagi belum masanya, maka belumlah masanya. Saya minta anda semua terus doakan Sarah. Tidak kisah berapa pun bacaan oksigennya.

Shuib dan family kini terus kuat semangat dan akan berfikiran positif yang mana isterinya itu akan kembali sihat dan kembali ke pangkuan keluarga.

Saya dan anak-anak yakin yang Sarah akan balik.” Itu ayat keyakinan yang ditunjukkan Shuib.

Sekali lagi Shuib berharap semua yang ada berurusan dan kenali Siti Sarah akan ampunkan semua salah silapnya.

Semoga kalian akan ampunkan semua kesalahan, dan juga halalkan makan minumnya. Semoga semua urusannya akan dipermudahkan.

Pohon semua dapat berdoa dan tiupkan semangat kepadanya. Kita tak tahu Sarah tengah fikir apa sekarang ni, tapi harapnya dia dapat dengar kita tengah doa untuk dia. Isteri saya amat perlukan sokongan.

Siti Sarah kini masih mendapat rawatan di Unit ICU di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).