Bilik “misteri” di rumah Farid Kamil dan Diana Danielle masih jadi tanya tanya

7,512 views

Hari ini pasangan pelakon Farid Kamil dan isteinya Diana Danielle telah hadir ke mahkamah di Shah Alam, Selangor. 

Diana Danielle tiba sekitar jam 9 pagi manakala beberapa minit kemudian Farid Kamil pula muncul di mahkamah. 

Mereka hadir ke mahkamah untuk sebutan kes hadanah, iaitu kes penjagaan anak-anak mereka iaitu Che Mad dan juga Aurora. 

Selepas habis sebutan, Farid Kamil dan Diana Danielle telah diserbu para wartawan untuk bertanya soalan. 

Antara yang menjadi persoalan ialah tentang sebuah bilik di rumah mereka yang menjadi misteri. 

Untuk yang tak tahu, bilik berkenaan disebuat oleh Diana Danielle dalam satu kenyataan sebelum ini. 

Bilik berkenaan disebut kerana Aurora telah diminta duduk di bilik berkenaan sebagai cara Farid Kamil untuk mahu mengajar anaknya kerana memetik cili rumah jiran. 

Diana Danielle menyebut, dia masuk ke bilik Farid Kamil itu dan melihat Aurora hanya baring beralaskan sejadah saja. 

Apa yang jadi misteri ialah Diana Danielle menegaskan bilik berkenaan memang tak sesuai untuk dimasuki oleh kanak-kanak. 

Ini kenyataan Diana sebelum ini: “Bilik itu tak sesuai untuk anak masuk, you pun tahu mengapa bilik itu anak-anak tak sesuai untuk masuk.” 

Di tanya tentang bilik berkenaan, Farid Kamil dilihat kelihatan berat untuk memberi jawapan. 

“Takde, tak ada apa-apa lah.” Ulas Farid Kamil secara ringkas.  

Ditanya pula tentang tindakan Farid Kamil menyuruh Aurora duduk di bulik berkenaan dan tidur di lantai, ini pula reaksi Farid Kami. 

“No komen lah tentang hal itu.” Kata Farid Kamil sambil berlalu pergi. 

Sementara itu, Diana Danielle juga dilihat memilih untuk mengunci mulut apabila di tanya tentang bilik berkenaan. “No komen” itulah reaksi dari Diana Danielle. 

Sehingga kini bilik di rumah Farid Kamil dan Diana Danielle itu masih lagi menjadi misteri kepada orang ramai.