Biodata Bella Hanna, isteri Redza Rosli

19,220 views

Pelakon terkenal Redza Rosli, 32 tahun, selamat mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita bernama Bella Hanna petang semalam, Jumaat, 21 Jun 2024. 

Perkahwinan di antara Redza dan Bella ini ternyata mengejutkan ramai pihak, apatah lagi rata-rata tidak mengetahui hubungan mereka berdua. 

Redza sendiri akui bahawa dirinya tidak mendedahkan hubungan mahupun declare hubungan di antara mereka berdua. 

Mungkin ramai yang tahu, siapakah sebenarnya Bella Hanna ini, okey jom kita baca sedikit biodatanya. 

BIODATA BELLA HANNA 

Nama penuh: Farhana Nabila Bintin Rosman 

Nama diguna secara komersial: Bella Hanna, Bella Luna. 

Tarikh lahir: 29 September 1996, 28 tahun untuk tahun 2024. 

Tempat lahir: Kuala Lumpur, Malaysia. 

Agama: Islam. 

Adik beradik: Anak nombor tiga dari empat orang. 

Pendidikan: Jurusan Perhubungan Awam daripada Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. 

Pekerjaan: Pelakon, pengacara, model, influencer laman media sosial, pegawai perhubungan awam. 

Lebih mesra disapa dengan nama Bella, wanita berasal dari ibu kota, Kuala Lumpur ini mula berkerja sebagai pegawai perhubungan awam di sebuah syarikat swasta. 

Mula masuk ke dunia hiburan sebagai model fashin, model iklan dan kemudian menjadi pelakon untuk drama. 

Luruhnya Bunga Cinta merupakan drama pertama lakonan Bella, yang turut digandingkan dengan Redza Rosli. 

KISAH MENARIK BELLA HANNA 

Bella merupakan pemenang untuk pencarian bakat, EH! Influencer Search pad atahun 2020 untuk kategori kecantikan. 

Sejak kecil, Bella memang suka beraksi di depan kamera, dan ayahnya dapat melihat dan faham dengan minat serta bakat anaknya itu. 

Ayahnya sendiri yang hantar Bella ke syarikat pengiklanan untuk menjadi model iklan. 

Antara iklan yang pernah Bella terlibat ialah jenama yang besar seperti Enchanteur, F&N, L’oreal dan banyak lagi jenama tempatan, termasuklah jenama tudung. 

Minat dalam bidang fashion, Bella juga masuk ke dunia peragaan. 

Bella aktif dalam bidang berkenaan sehingga wajahnya muncul di negara jiran Indonesia dan juga Thailand. 

Mulanya, Bella tak pernah terfikir untuk menjadi seorang pelakon, namun percubaannya telah mendatangkan minat terhadap bidang lakonan. 

Drama Luruhnya Bunga Cinta merupakan drama yang menaikkan nama Bella Hanna