Macam orang dulu-dulu, Redza Rosli dan Bella Hanna kahwin dulu, baru bercinta

695 views

Kisah perkahwinan secara tiba-tiba pasangan pelakon Redza Rosli dan Hanna Bella mendapat liputan meluas minggu lalu. 

Ramai yang tak tahu dan tak dapat menghidu tentang kisah hubungan mereka berdua sebelum ini. 

Kisah hubungan mereka ini bagaikan hubungan orang-orang dulu, yang mahu berkahwin dulu, sebelum menyulam rasa cinta selanjutnya. 

Macam kahwin dulu baru bercinta, kiranya. 

Malahn, menerusi satu temubual, Redza akui, dia dan Bella tak pernah pun declare sebagai pasangan kekasih sebelum bernikah. 

Jelas pelakon berumur 32 tahun ini, pada satu hari itu, dia dan Bella keluar dan terus saja mengajaknya untuk pergi membeli cincin pada bulan lepas. 

“Ada satu hari tu saya ajak dia pergi makan kemudian niat saya sudah lain.”  

“Saya ajak dia pergi beli cincin dan pada waktu itulah kami meluahkan perasaan sesama kami.” 

“Kami memang dah lama kenal sebelum ni, memang tak pernah declare apa-apa, tuang pun tak ada, terus saja nikah.”  

“Insyaallah saya yakin Farhana Nabila adalah yang terbaik buat diri saya.” 

Redza turut berkata, dia memang kurang keluar bersama Bella sebelum ini, apatah lagi keluar berdua. 

Jika ada keluar bersama, dia akan pastikan setiap pergerakkan dilaporkan terus kepada bapa Bella. 

“Saya tidak suka sangat untuk keluar berdua pergi date, atau temu janji.” 

“Selalunya kalau keluar, saya akan pergi ke rumah mak ayah dia dan meminta izin.” 

“Walaupun hanya ajak pergi makan dekat dengan rumah pun saya akan minta izin dan restu. Saya sendiri akan update dan beritahu kepada ayah dia ke mana kami pergi setiap masa.” 

Dalam pada itu, menerusi caption di laman Instagram miliknya, Redza ada menulis bahawa sebaik percintaan adalah perkahwinan. 

Ini boleh digambarkan tentang hubungan mereka yang mana mereka akan menyulam cinta dengan lebih lanjut, selepas pernikahan mereka ini. 

“Sebaik-baik cinta adalah ikatan pernikahan. Sebaik-baik mencintai pula adalah saling mendoakan, Bella Hanna.” 

Tahniah diucapkan kepada Redza Rosli dan juga Bella Hanna di atas perkahwinan mereka, semoga bahagia selalu.