Redza Rosli dah kahwin, kini suami kepada Bella Hanna

2,677 views

Redza Rosli, kini telah pun selamat bergelar suami kepada pelakon sedang meningkat naik, iaitu Bella Hanna atau Bella Luna pada pukul 4.05 petang tadi, hari ini, Jumaat 21 Jun 2024. 

Pelakon berumur 32 tahun itu telah dinikahkan oleh bapa Bella sendiri dengan disaksikan oleh Jurunikah, Ustaz Mohd Mustaqim Mujahidin. 

Dengan sekali lafaz, mereka sah diijabkabulkan. 

Redza telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3000 manakala wang hantaran pula dirahsiakan oleh keluarga. 

Pihak pengantin lelaki telah memberi lima dulang hantaran dan ianya dibalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan. 

Sam cantik, sama padan, kedua dua mempelai memakai pakaian bertemakan warna putih dan ianya diadakan secara sederhana di Forest Valley Hall, Cheras. 

Majlis berlangsung meriah dan lancar dengan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pengantin. 

Turut hadir ialah rakan artis seperti Sweet Qismina, Adam Lee, Intan Najuwa, Diana Rafar, Zamarul Hisyam, Elvina dan Fedtri Yahya.  

Antara rakan selebriti yang memeriahkan adalah Adam Lee, Sweet Qismina, Datin Intan Najuwa, Erysha Emyra, Zamarul Hisyam, Diana Rafar, Datin Elvina. 

Sebelum ini, Redza dan juga Bella atau nama penuhnya, Farhana Nabila, pernah berlakon bersama dalam drama bertajuk Luruhnya Bunga Cinta yang ditayangkan pada tahun 2023 di TV3. 

Bella Hanna juga merupakan pengacara untuk rancangan hiburan HLive, siaran Astro.

Tahniah diucapkan kepada Redza Rosli dan juga Bella Hanna, selamat pengantin baru diucapkan.