“Boleh amalkan Islam ke kat kem tentera USA?” Ini jawapan jujur Sarah Hildebrand

5,940 views

Pelakon Sarah Hildebrand telah bersara dari dunia seni tanah air dan kemudian terus saja berhijrah ke negara kelahiran bapanya iaitu Amerika Syarikat.

Kini Sarah Hildebrand telah memulakan fasa yang baru dalam hidupnya apabila secara rasmi sertai unit Tentera Udara Amerika Syarikat, Air Force.

Setelah secara rasmi sertai tentera udara USA, ada yang bertanya sama ada Sarah masih boleh amalkan ajaran agama ketika di kem.

Pemilik nama sebenar Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand memberitahu, pihak tentera tahu agamanya dan sudah tentu dia boleh amalkan ajaran agama.

“Sudah tentu boleh. Hal ini ada di dalam fail saya. Sudah tentu ada menyatakan bahawa saya ni merupakan seorang Muslim. Pihak mereka sentiasa menghormati saya dan take it seriously.”

Kemudian ada seorang lagi peminat yang bertanya, apa yang mendorong Sarah Hildebrand untuk sertai tentera.

Jawapan dari Sarah Hildebrand, semua berkisar tentang apa yang berlaku tak lama dulu.

“Ini semua disebabkan kes pandemik yang lalu. Perintah berkurung di Malaysia ketika adanya perintah kawalan pergerakan memang sangat teruk.”

Jelas Sarah Hildebrand lagi, ahli keluarganya juga sentiasa memberi sokongan terhadapnya termasuk ketika melahirkan keinginan untuk sertai tentera udara.

“Ibu bapa saya amat bangga dengan saya. Teramat bersyukur sebab saya sentiasa terima sokongan penuh dari ibu bapa dan family dan sudah tentu doa daripada seorang insan bergelar ibu.”

Ditanay pula tentang umurnya yang dah masuk 32 tahun baru nak msuk tentera, bagi Sarah, dia masih rasa dirinya muda.

“Saya tak rasa diri ini tua langsung. Hidup saya baru saja bermula.” Itu kata-kata dari Sarah.

Sementara itu, Pusat Latihan Tentera Udara AS yang terletak di Richmon, Indiana telah mengucapkan tahniah kepada Sarah Hildebrand setelah berjaya menamatkan latihan di Military Entrance Processing Station atau MEPS.