Puteri Sarah dedah keadaan kedua-dua anaknya, sampai sekarang tak tahu

2,783 views

Ini sedikit lagi kisah tentang Puteri Sarah Liyana, ramai juga yang bertanya tentang keadaan anak-anak setelah mengetahui bahawa Puteri Sarah dan Syamsul Yusof tidak lagi tinggal sebumbung.

Melalui laporan Oh Bulan, apabila disoal adakah anak-anak faham serta tahu situasi yang berlaku antara ibu bapa mereka, kata Puteri Sarah, buat masa sekarang ni, kedua anak berkenaan belum lagi tahu.

“Sebenarnya anak-anak sampai sekarang ni memang tak tahu. Masa saya pergi Singapura pun, saya ada tinggalkan anak-anak dengan datuk dan datin (Datuk Yusof Haslam, Datin Patimah). Tapi masa tu mereka fikir mereka hanya pergi jumpa atuk, nenek dan sepupu saja.”

“Saya bersyukur, alhamdulillah sebab mereka ni sentiasa dikelilingi dengan orang-orang yang positif dan supportive, memang itu yang saya perlukan. Saya tak mahu mereka hidup dengan mereka yang toksik, oleh itu saya keluarkan.”

Selain itu, Puteri Sarah Liyana akui dirinya sayu dan sebak apabila bapa dan ibu mertua iaitu Datuk Yusof Haslam dan isteri, Datin Fatimah Ismail telah tampil ke depan dan turut bersuara tentang isu perkahwinannya dengan Syamsul Yusof.

Apabila ibu serta bapa mertua sendiri yang buat kenyataan, maka Puteri Sarah dilihat tak lah keseorangan.

“Saya rasa gembira kerana selama keluarkan kenyataan, saya hanya ingatkan saya ni seorang diri. Netizen asyik cakap saya saja yang bersuara dan sebarkan aib.”

“Sebelum ni, saya tahu Datuk dan Datin memang sentiasa beri sokongan, tetapi mereka tak pernah bersuara sehingga hari Syaikhul, anak sulung saya tu tak sihat dan masuk ke hospital. Ketika itu, saya tahu saya tak lagi berjuang sendirian. Saya rasa amat disayangi dan terjaga masa tu.”

Sehingga kini, hubungan Puteri Sarah dengan keluarga mertua dilihat masih baik dan amat akrab.