Akhir-akhir ini, memang ada beberapa kes saman menyaman antara artis atau selebriti tanah air. Jika ada kes tak puas hati saja, terus akan berlakunya saman menyaman, naik turun mahkamah.
Kes saman antara kalangan artis ini mendapat respon dari penyanyi terkenal Shila Amzah yang menyatakan pendapatnya. Baginya, hal seperti ini tak mendapatkan faedah.
Sebaliknya ianya hanya akan merugikan masa dan wang ringgit sebabnya selepas habis proses mahkamah dan jika menang, mereka yang telah didakwa kena bayar ganti rugi.
Kemudian, sekiranya pihak yang didakwa itu tak dapat nak, tak ada sebarang tindakan susulan selepas itu.
Setelah ditambah tolak, kes saman menyaman ini hanya bawa lebih banyak benda perkara yang mendatangkan keburukkan berbanding kebaikkan.
“Saya tak rasa wajarlah untuk buat saman antara sesama artis ni kerana di pengakhirannya pusing-pusing situ juga. Sejujurnya, ia hanya bzair wang dan masa.”
“Percayalah, saya pernah berada di situ. Kita saman orang, lepas tu mereka tak dapat bayar dan di akhirnya tak ada jadi apa pun. Hanya bawa kepada benda yang tak elok daripada benda yang baik.”
“Ini bukan zaman sekolah nak bergaduh bagai. Kalau tak mahu berbaik, tak payah berkawan dah la.”
Jelas Shila Amzah, adalah lebih bagus sekiranya menggunakan wang berkenaan kepada perkara yang lebih mendatangkan faedah dan guna untuk kehidupan dan kelangsungan diri sendiri.
“Dalam idnustri ini, nak lepas kelangsungan hidup pun belum tentu apatah lagi nak bayar saman, baik guna duit tu untuk makan.”
Sebelum ini Shila Amzah dan bapanya ND Lala pernah terlibat dengan kes saman dengan pihak media dan wartawan pada tahun 2017.
Diimbas kembali, ketika ini, ada dua kes yang telah melibatkan undang-undang iaitu kes Azwan Ali serta Rozita Che Wan dan juga Siti Nordiana dan Lan Solo serta Syura.