“Buang masa, tiada yang berubah” Mona Allen tak setuju perhimpunan, konsert

10,023 views

Ketika ini memang sedang ramai yang berhimpun menandakan sokongan terhadap saudara kita yang sedang berjuang di tanah Arab. 

Semua pun tahu akan hal ini. Pelbagai himpunan diadakan dan banyak juga kempen derma yang dilancarkan. 

Ekoran itu, pelakon Mona Allen telah memberi pendapatnya tentang perhimpunan ini dan baginya tidak mendatangkan manfaat. 

Menerusi beberapa hantaran di Ig story, isteri kepada Pekin berkata, berhimpun dan mengadakan concert ini bagaikan buang masa saja kerana tidak mengubah apa-apa. 

Apatah lagi jika berhimpun itu melibatkan politik dan mereka yang hanya mahu meraih popularity semata. 

Ini kenyataan dari Mona Allen

“Maaf, tapi bagi saya, rasanya tidak perlu untuk berhimpun ramai-ramai malah buat konsert, ianya tidak ada keperluan.” 

“Rasa macam tak betul. Lihat macam negara lain, dan sebab tu saya pun tak attend.” 

“Kalau buat macam tu pun, masih lagi tak ada ubah apa-apa. Keadaan masih lagi sama. Tiada yang berubah.” 

“Ini hanya buang masa, politik dan mereka yang nak popular terus famous, fame.” 

Mona Allen berkata, ini tak bermakna dia tak menyokong, sebaliknya memberi pendapat adalah lebih baik untuk melakukan sembahyang hajat, ini lebih bermanfaat. 

“Adalah lebih afdal untuk mengerjakan solat hajat di semua masjid di seluruh pelusuk negara. Ini pendapat saya.” 

Selain itu, Mona menegaskan kena faham betul-betul apa yang disampaikannya. 

“Bukan tak pergi perhimpunan atau concert, bererti saya tak sokong. Yang saya cakap ni lebih kepada politik dan mereka yang mahu famous.” 

“Yang dah pergi tu good job, tapi bagi saya tak perlu, politik dan popularity.” 

Itulah pendapat dari Mona Allen, ada benarnya juga, mungkin ada pihak yang ambil kesempatan di atas isu ini, namun yang penting kita teruskan dengan niat kita, terus doakan untuk saudara kita di sana.