“Bukan betul-betullah..”

13,380 views

Kalau kalian peminat drama The Hotel, sudah tentu kenal dengan pelakon baru ini iaitu Asha Merican. Lakonan Asha dalam drama berkenaan memang dipuji dan wataknya disukai ramai.

Namun dua hari lepas, Asha Merican mengejutkan ramai setelah muatnaik dua keping foto menunjukkan perubahan wajahnya.

Antaranya ada bengkak di area mata dan kemudian ada kudis di bahagian mulutnya.

Caption dari Asha Merican pula telah membuatkan ramai risau kerana dia mengatakan dia telah terima suntikan botok menyebabkan wajah jadi sebegitu.

Ini membuat ramai meminta Asha hentikan suntikan sedemikian kerana dia dah memang cantik. Ada juga peminat mengatakan wajahnya seperti sudah terkena kesan allergic.

Namun menerusi laporan Harian Metro, akhirnya pelakon berumur 24 tahun ini tampil menceritakan hal sebenar.

Katanya gambar itu bukan betul, sebaliknya hasil solekan saja, dia sebenarnya bergurau saja. Ini komennya.

“Saya memang tidak sangka bahawa ramai yang akan menulis komen bila tengok foto itu. Rasa bersalah pun ada sebab ramai yang ingat ianya foto betul walhal itu hanya effect solekan saja.”

Asha berkata solekkan diwajahnya itu dibuat untuk menjayakan watak dalam drama terbaru berjudul She Was Pretty yang dibintangi oleh Diana Danielle dan Aiman Hakim Ridza.

“Effect solekan ini dibuat oleh jurusolek profesional yang menimba ilmu solekkan di Amerika Syarikat dan United Kingdom. Jurusolek itu memang seorang yang hebat terutama dalam solekan muka seperti babak kemalangan.”

“Nanti semua kena tengok cerita ini di saluran Viu tahun depan, kalau nak tahu kenapa bibir saya jadi macam tu. Saya berlakon sebagai Hanim, rakan kepada Nadia, lakonan Diana. Drama ini merupakan genre percintaan dan juga komedi.”

Itulah penjelasan dari Asha Merican tentang wajahnya itu. Harapnya smeua peminat dapat tarik nafas lega selepas mendengar jawapan dari pelakon cantik ini.