Peserta Gegar Vaganza, Gmie Screen pergi buat selamanya, ini puncanya

16,511 views

Penyanyi terkenal yang juga vokalis kumpulan Screen, Gmie disah telah pergi buat selamanya setelah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 2 setengah pagi tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Gmie atau nama sebenarnya, Hajmi Ibrahim pergi buat selamanya di usia 50 tahun. Dari laporan awal, arwah menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit buah pinggang berlubang.

Arwah Gmie merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim ke tiga.

Anak sulung Gmie iaitu Siti Hadirah ada membuat kenyataan menceritakan detik sebelum ayahnya pergi. Baca komennya.

“Beberapa jam sebelum pergi buat selamanya, Abah telah pengsan disebabkan kekurangan darah. Sebenarnya, beberapa hari sebelum itu, abah memang dah kurang sihat dan dia tiada selera untuk makan.”

“Kemudian, kami terus bawa abah ke hospital. Ketika dirawat, abah masih dalam keadaan stabil dan kami sempat lagi untuk buat panggilan video call dengan Abah.”

“Akan tetapi, sekitar jam 1.30 pagi tadi, hospital ada hubungi dan maklumkan abah semakin kritikal dan akhirnya menutup mata pergi meninggalkan kami buat selamanya.”

Gmie mula mempunyai penyakit buah pinggang pada tahun lepas, namun pada bulan April dikatakan buah pinggangnya telah alami kebocoran. Walaupun begitu, Gmie sekeluarga tidak menghebahkannya kerana tak mahu bergantung kepada orang lain.

Malahan, ada satu ketika, family melalui anaknya, terpaksa buat satu kenyataan menafikan ada buat kutipan untuk bapanya yang ketika itu sedang sakit.

Sekitar bulan 14 Oktober lalu, pihak Perbadanan Menteri Besar Selangor ada berkunjung dan melawat Gmie di kediamannya.

Gmie merupakan vokalis kumpulan Screen yang terkenal dengan lagu Bila Cinta Didusta. Sampai sekarang lagu ini masih lagi segar diingatan tertama mereka yang lahir dan membesar di zaman kegemilangan band rock dan slow rock sekitar tahun 1996 sehingga 2006.

Arwah Gmie kemudian mencipta nama semula setelah menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim ketiga pada tahun 2016. Ketika itu penaja utama ialah Dato Seri Vida.

Arwah kemudian tak lagi meneruskan kerjayanya sebagai seorang penyanyi sejak disahkan alami masalah kesihatan sejak tahun lepas. Sama-sama kita doakan untuk arwah Gmie atau nama penuhnya Hajmi Ibrahim.