“Bukan mudah untuk lepaskan hak jagaan anak, hakikat itu amat payah” Erra Fazira

2,320 views

Umum mengetahui bahawa pelakon Erra Fazira telah bersetuju untuk melepaskan hak jagaan satu-satu anaknya, anak perempuan Engku Aleesya kepada bekas suami, Engku Emran semasa pasangan ini mengambil keputusan untuk berpisah.

Memang amat sukar, namun Erra Fazira menerima kekuatan kerana apa yang dilakukan olehnya itu merupakan sesuatu yang memberi kebaikkan kepada banyak pihak.

“Bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk melepaskan hak jagaan anak. Seperti yang kita semua sedia maklum, memang hak jagaan adalah kebanyakannya milik seorang ibu kepada anak.”

“Akan tetapi, saya ada sebab saya yang tersendiri. Bagi saya, tiada gunanya sekiranya kedua-duanya berkeras serta berdegil. Kerana nanti akan ada yang menjadi mangsanya (merujuk kepada anak).”

“Oleh itu saya memilih untuk lepaskan, sungguhpun saya kena berkorban, tapi ianya adalah demi anak saya. Saya tak suka adanya perbalahan.”

Erra tidak kisah sekiranya ada yang menuding jari kepadanya, mengata dirinya, kerana apa yang penting, adalah kebahagiaan semua orang.

“Jika semua kesalahan itu kena pada saya, saya terima. Ya betul, saya terima sebab itu pendirian saya. Asalkan semua orang bahagia.”

Sememangnya hal berkenaan amat sukar pada mulanya, sehingga Erra fazira tak keluar rumah selama seminggu, untuk menerima hakikat berkenaan.

“Bukan sesuatu yang senang. Selama seminggu saya duduk rumah dan cuba nak terima hakikat tersebut, tapi memang payah. Saya tak nak keluar rumah.”

“Kemudian saya berbicara dengan Yang Maha Esa, saya diberi kekuatan untuk yang terbaik, akhirnya kekuatan itu datang juga.”

Ketika itu, Aleesya masih kecil dan memang ada bertanya apa yang berlaku.

“Usia Aleesya baru tiga tahun. Dia tanya soalan seperti kenapa dah tak balik rumah, mengapa dia kena pergi rumah sana lebih lama. Kadangkala dia menangis sebab tak cukup masa dengan emaknya.”

Ini video berkenaan, sila tonton.

Erra Fazira sentiaa mempunyai hubungan yang baik dengan Engku Aleesya, sehinggalah sekarang.