Info dari jiran.. Isteri kedua Datuk Faizal Azumu? Akhirnya Erra Fazira beri komen

14,373 views

Tak ada angin ribut, tiba-tiba ada aura yang mengatakan pelakon dan penyanyi terkenal Erra Fazira dah berkahwin.

Bukan biasa-biasa punya khabar angin, kerana Erra Fazira dikaitkan dengan seorang menteri, iaitu Datuk Ahmad Faizal Azumu, Menteri Belia dan Sukan.

Malahan dakwaan itu ada menyebut bahawa Erra Fazira dah berkahwin sebagai isteri kedua.

Setelah kisah ini menjadi buah mulut ramai orang di luar sana dan menjadi perhatian netizen, akhirnya Erra Fazira ada memberi sedikit respon. Ini komen ringkas dari Erra.

“Apa ni, tidak habis-habis lagi dengan kisah dan cerita berkaitan kahwin ni. Apa pun, dah menjadi satu lumrah manusia, iaitu memang suka untuk berkata-kata, tak apa, biarkanlah mereka terus berkata-kata dengan gembira.”

Itulah respon pendek dari Erra Fazira. Khabarnya sebarang cubaan untuk menghubungi Erra Fazira tidak lagi dijawab buat masa sekarang. Kita tunggu kenyataan rasmi darinya kelak.

Update terbaru, Erra Fazira sekali lagi menjawab tentang isu ini, jelasnya dia kini masih lagi seorang ibu tunggal.

“Sudah-sudahlah tu. Dah letih kisah tentang cinta, putus cinta, kahwin, tak kahwin. Status saya sekarang ni, masih lagi seorang ibu tunggal.”

“Apa yang saya minta ialah doakan saja agar semuanya jadi yang terbaik, seandainya saya bertemu jodoh satu hari nanti. Kalau masa itu tiba, doakan jodoh itu akan membahagiakan serta kekal sampai jannah,”

Kisah perkahwinan antara Erra Fazira dan Datuk Ahmad Faizal Azumu ini mula dihebahkan dari seorang pengguna Twitter bernama Abam Kumis.

Dia ada menyatakan bahawa berita itu diketahui dari sumber yang sahih iaitu dari jiran.

“Dengarmya, Erra Fazira kini isteri kedua kepada Faizal Azumu, isteri pertama tahu tak tu. Info sahih dari jiran pengantin baru sendiri. Melepas lah Awie. Info Abam semuanya sahih tak ada tipu-tipu.”

Itulah kenyataan dari Abam Kumis yang terus menjadi perhatian warganet.

Erra Fazira sebelum ini pernah berkahwin dengan Engku Emran dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Engku Aleesya. Faizal Azumu juga sudah berkahwin dengan Dr Nomee Ashikin dan mempunyai dua orang cahaya mata.

Nampaknya Erra dah pun menjawab tentang statusnya dan masih lagi ibu tunggal maknanya dia tak berkahwin dengan Datuk Ahmad Faizal Azumu.