Pada petang Ahad, semalam, bersamaan dengan 10 Oktober, pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin telah dikejarkan ke pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor.
Ianya mula diketaui orang ramai setelah Zul Ariffin sendiri muatnaik sekeping gambar dirinya sedang berada di atas katil di hospital.
Setelah ditanya dengan lebih lanjut, rupanya Zul alami tekanan darah yang amat tinggi.
Keranaa bacaan blood pressure yang amat tinggi, Zul terus dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dengan lebih lanjut.
Hal ini disahkan oleh pengurus kepada Zul iaitu Afdal Shahizad. Jelasnya, kejadian berkenaan berlaku sekitar jam petang hari Ahad,
Katanya, keadaan pelakon berkenaan mula bertambah baik setelah mendapat pemeriksaan dan rawatan dari doktor.
“Benar, keadaan Zul Ariffin kurang baik, dia kurang sihat dan terus dibawa ke hospital sebab mengalami tekanan darah tinggi atau hypertension. Namun begitu, keadaannya telahpun bertambah baik selepas bertemu dengan doktor dan menerima rawatan lanjut.”
Tentang perkembangan terkini, setelah bacaan blood pressure mula stabil, Zul Ariffin dibenarkan pulang dan kini sedang berehat di rumah.
Zul Ariffin menerima pemantauan selama hampir empat jam ketika menerima rawatan.
“Selepas lebih kurang empat jam dipantau oleh doktor di pusat perubatan, Zul kini dah boleh balik, dan sedang berehat di rumah.”
Itulah kenyataan dari pihak management pelakon berumur 34 tahun ini.
Lebih kurang jam 8 malam semalam, Zul Ariffin ada muatnaik satu photo menunjukkan dirinya sedang terbaring di atas katil dengan tangannya sudah ada line untuk intravenous drip. Zul juga telah angkat tangan menandakan semuanya baik-baik saja. Kata Zul dia hanya sedang rest saja.
Sebelum ini, Zul Ariffin antara selebriti yang sedang mendalami ilmu agama dan dilihat bersama pendakwah terkenal Ebit Lew melakukan beberapa aktiviti amal.