“Bukan saya nak back up” Datin Umie Aida bersuara

7,503 views

Pada minggu ini, memang topik paling banyak dibicarakan ialah kisah menimpa selebriti iaitu Norman Hakim dan juga Abby Abadi. 

Ianya berkaitan dakwaan melibatkan anak perempuannya iaitu Marissa Dania dengan rumah tangga orang lain. 

Marissa, yang kini baru berumur 18 tahun, pun dah menjawab berkenaan kisah ini dan mengakui kekhilafan yang dilakukannya. 

Dalam pada itu, memang ramai yang memberi pandangan tersendiri tentang hal ini. 

Seperti kebanyakkan isu, warga maya banyak menulis memberi padangan mereka terhadap isu ini. 

Namun begitu, pelakon terkenal Datin Umie Aida dilihat ada menulis yang dikatakan berkaitan isu ini. 

Walaupun tidak menyebut nama, Umie Aida telah memberi ingatan kepada semua agar tak keterlaluan. 

Jelas Umie Aida, lebih baik membiarkan pihak yang terlibat untuk selesaikan hal ini dengan sendiri. 

“Dah kecoh satu Malaysia, macam kes ni kerat orang. Cukup-cukuplah tu. Berikan ruang kepada mereka.” 

Umi Aida menulis ayat berkenaan menerusi satu foto disusuli emoji menepuk dahi. 

Ini pula caption yang dinukilkan olehnya. 

“Ya Allah, sejak semalam saya tengok IG semua berkenaan isu tersebut. Bukannya saya nak back up, tapi tolonglah, berikan ruang kepada mereka untuk selesaikan masalah itu.”  

“Ingatlah ujian kita dihari akan datang kita tak tahu. Maka berdiam adalah yang paling baik.” 

Itulah sedikit kenyataan dari Datin Umie Aida tentang isu tular yang sedang hangat dibicarakan ketika ini. 

Sungguhpun tiada isu tertentu, ramai beranggapan ianya berkaitan dengan isu Marissa Dania, anak Norman dan juga Abby. 

Di ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan kenyataan dari Umie Aida ini. 

Dapat dilihat beberapa artis lain turut bersetuju dengan Umie Aida, seperti Fazura, Nad Zainal, Saiful Apek dan juga Chef Zam.