Mimi Lana ucap rasa bangga dengan Syafiq Kyle

19,312 views

Sebelum ini ramai yang terkejut dengan berita bahawa pasangan pelakon Syafiq Kyle dan juga Mimi Lana tak jadi untuk bernikah di tarikh yang sepatutnya. 

Pasangan ini sepatutnya bernikah pada bulan lalu, namun telah membatalkannya. 

Selepas itu ramai yang tertanya apa yang berlaku dan apa sebenarnya status terkini pasangan popular ini. 

Dalam perkembangan terkini, akhirnya ada juga interaksi antara pasangan ini di laman media sosial. 

Syafiq kini tampil dengan naskah terbaru iaitu drama berjudul Doh. 

Drama Doh ini menampilkan Syafiq sebagai teraju utama berganding bersama Sherlyn Seo, Fabian Loo, dan juga fatimah Abu Bakar. 

Selain sebagai pelakon, Syafiq Kyle juga bertindak sebagai penerbit bersama Ariff Zulkarnain. 

Drama ini kini ditayangkan di platform Tonton pada 16 September ini. 

Berbalik kepada Mimi, ternyata beliau amat berbangga dengan lakonan Syafiq Kyle dan telah memuji naskah drama tersebut. 

Turut dipuji ialah seorang lagi yang terlibat dalam drama berkenaan iaitu penerbit dan pengarahnya, Ariff Zulkarnain. 

Ini yang ditulis oleh Mimi. 

“Saya amat berbangga dengan awak berdua, Ariff Zulkarnain dan Syafiq Kyle.” 

Mimi memuatnaik caption berkenaan dengan paparan drama Doh, sambil tag nama Syafiq Kyle dan juga Ariff. 

Melihat namanya di tag dan dipuji oleh Mimi, Syafiq kemudian telah reply dan repost semula di media sosialnya. 

Syafiq membalas dengan memberikan emoji mini love. 

Ini paparan berkenaan. 

Melihat mereka saling berinteraksi ramai yang mengandaikan hubungan pasangan ini dalam keadaan baik-baik saja. 

Ramai yang tak sabar untuk menunggu pasangan ini membuat pengumuman seterusnya tentang hubungan mereka. 

Kita doakan agar Syafiq Kyle dan Mimi Lana akan dipermudahkan urusan dan akan naik pelamin tak lama lagi.