“Bukan senang nak dapat kereta ni kat Malaysia” Datuk Aaron beli kereta rare?

7,816 views

Pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz telah muatnaik satu video dirinya sedang memandu antara kereta mewah yang paling rare di Malaysia.

Rasanya, kalau jumpa kat Malaysia, kiranya anda bertuahlah. Kereta jenama ini belum lagi dijual secara rasmi.

Kereta mewah yang dimaksudkan ialah kereta jenama Tesla. Mesti kalian pernah dengarkan, ianya jenama yang sedang popular di Amerika Syarikat dari Elon Musk.

Sungguhpun jenama Tesla belum lagi masuk pasaran secara rasmi di Malaysia, Datuk Aaron Aziz berjaya mendapatkan kereta idamannya ini.

Dari bentuknya, dikhabarkan ianya kereta model jenis S, dari Tesla. Harganya dianggarkan bermula dari RM370 ribu sehinggalanya ke setengah juta Ringgit. Tapi ini anggaran saja, maklumlah tiada pasaran rasmi lagi.

Apapun, kata Datuk Aaron Aziz, hasil titik peluhnya sendiri, dia memang kerja keras nak dapatkan kereta ini.

“Syukur sangat, alhamdulilah, akhirnya dapat juga sebuah kereta Tesla. Memang bukannya senang nak dapatkan kereta jenama ini di Malaysia. Dengan bekerja keras, dan doa, insyaallah sesiapa pun boleh dapatkan apa saja yang mereka idam-idamkan. Terima kasih semua yang support saya selama ni.”

Dari video itu, isteri Aaron iaitu Diyana Halik yang merakamnya dan berkata: “Alhamdulillah ini berkat berniaga tudung.

Memang best betul kalau dapat kereta Tesla ni, ianya merupakan kereta electrick paling mantap la kat dunia sekarang ni, dan paling selamat.

Di ruangan komen, memang ramai yang dah ucap tahniah kepada Datuk Aaron Aziz dan juga Diyana Halik. Akan tetapi ada satu komen dari Diyana yang buat ramai tertanya-tanya, apabila dia berkata ini: “Berangan is free”.

Apabila rakan artis Shah Iskandar bertanya adakah benar dah memiliki Tesla ke, Aaron menjawab ini: “Tak lah.

Dilihat hastag yang digunakan, Datuk Aaron Aziz juga ada menulis ini: “This is poyo.” Ini membuatkan ramai tertanya, adakah betul Aaron Aziz dah beli Tesla, atau hanya test drive saja.