Caprice dikejar ke hospital dengan ambulans

12,553 views

Penyanyi dan usahawan Caprice telah dikejarkan ke hospital dengan menaiki ambulance padahari Rabu pagi. Puncanya, Caprice dikatakan rasa tak sihat sebelum mengalami gelaja sukar untuk bernafas sekitar jam 4 pagi.

Dek kerana sesak nafas tidak berkurangan, Caprice terus hubungai ambulance dan kemudian dibawa ke sebuah pusat perubatan untuk rawatan lanjut.

Setelah pemeriksaan dibuat, pegawai peruabtan mengesahkan Caprice alami gelaja dehydration kerana tak minum air yang mencukupi.

Ini kenyataan dari penyanyi ini: “Pada awal pagi Rabu, secara tiba-tiba saya terbangun dan rasa sesak nafas dan badan rasa seperti agak kering, rasa lain macam. Oleh kerana sekarang ni PKPB, saya tak dapat nak contact kawan-kawan untuk ambil saya pada pukul 4 pagi”.

“Oleh itu, saya contact ambulance. Kemudian pihak pegawai perubatan bagitahu saya telah alami dehidrasi, tak cukup minum air atau pun saya buka aircond kuat sangat. Minta maaf pada semua guys, Insyaallah saya akan kembali bekerja pada hari Khamis”.

Caprice turut telah upload sebuah video di saat dirinya berada dalam ambulance di laman Instagram miliknya.

Di ruang komen, ramai yang mendoakan agar caprice kembali pulih. Ada juga yang menasihati Caprice supaya sentiasa jaga diri terutama diwaktu ini.

Malah, ada juga yang meminta Caprice untuk cari isteri agar dapat jaga dirinya dengan lebih baik.

Ini antara komen netizen: “Cepat cari bini at least nanti boleh tengok Caprice kalau jatuh sakit macam ini.

“Semoga dipermudahkan urusan, kahwinlah cepat-cepat nanti boleh isteri jagakan”. Ini tulis netizen lain pula.

Dalam perkembangn terkini, di laman Instagram, Caprice dilihat terus bangkit dan duduk hospital tak sampai satu hari. Caprice dilihat telah keluar wad dan terus bekerja malahan telah tampil di satu rancangan secara live pada malam hari Ravu.