Sebenarnya Neelofa nak letak nama Sulaiman untuk baby Bilal “Suka sangat nama Sulaiman”

1,345 views

Anak sulung kepada pasangan selebriti terkenal iaitu pelakon Neelofa dan penceramah selebriti Pu Riz memang seringkali jadi tumpuan. 

Anak yang diberi nama Bilal ini dah tular seluruh negara ekoran tindakan pasangan suami isteri yang memilih untuk tidak tayang wajahnya di awal umurnya kerana ain. 

Kini Neelofa dan Pu Riz telah pun buat keputusan mendedahkan wajah baby sulung ini. 

Memang kecomelan wajah baby Bilal dapat pujian daripada orang ramai.  

Namun ramai yang tak tahu satu kisah tentang baby Bilal ini iaitu berkenaan namanya. 

Jelas Neelofa, anak sulungnya yang dah nak masuk umur satu tahun pada bulan Januari 2023 ini sebenarnya ada pilihan nama lain. 

Di awalnya, Neelofa lebih berminat mahu meletakkan nama baby Bilal dengan satu lagi nama yang cukup indah, iaitu nama salah seorang nabi. 

Nama yang Neelofa amat suka dan minat itu ialah Sulaiman. 

“Kalau mahu tahu, sebenarnya nama pertama yang saya cadangkan kepada suami untuk Bilal ialah Sulaiman.” 

“Saya memang amat suka dengan nama Sulaiman ni. Malahan, memang sudah ada beberapa hadiah yang kakak saya beri mempunyai tulisan Baby S, merujuk kepada Sulaiman.” 

“Namun akhirnya saya dan suami buat keputusan untuk menukar nama Sulaiman itu kepada Bilal.” 

Hal ini didedahkan oleh Neelofa menerusi satu episod dalam rancangan bual bicaranya Next To Neelofa bersama tetamu Oki Setiana Dewi. 

Dalam pada itu, Neelofa juga sempat berjenaka bahawa nama Sulaiman itu kemungkinan akan digunakan untuk nama anak lelakinya jika ada rezeki di masa akan datang. 

“Jadi nama Sulaiman ini mungkin nanti kalau ada rezeki lain, dengan izin dari Nya.” 

Itulah sedikit info tentang baby Bilal anak sulung kepada Neelofa dan juga Pu Riz, apapun nama Sulaiman pun sedap juga kan.