Che Ta merisik untuk Ammar Effendy

Che Ta teruja pergi merisik, bakal menantu gadis bertudung, dari keluarga alim

676 views

Pasangan pelakon Zai Saidin dan juga Rozita Che Wan dilihat bakal menerima kehadiran menantu tak lama lagi. 

Rozita yang lebih dikenali dengan nama Che Ta berkata, anak sulungnya iaitu Ammar Effendy kini dah pun mempunyai calon pilihan. 

Malah Che Ta meluahkan rasa lega apabila anaknya itu memilih seorang gadis yang berhijab dan hadir dari keluarga yang mementingkan didikan agama.  

GEMBIRA PILIHAN ANAK

Melalui satu temubual, Che Ta dan keluarga sudah pun merancang untuk datang merisik gadis berkenaan tak lama lagi. 

Che Ta begitu teruja apatah lagi gadis berkenaan dilihat menepati citarasa impiannya. 

Gadis berumur 20an itu seorang yang sederhana, tiada akaun media sosial memberi gambaran diri gadis itu yang tak pentingkan populariti dan juga perhatian.   

“Saya memang amat teruja nak datang merisik bakal menantu buat anak sulung saya iaitu Ammar pada minggu depan. Setakat ini, kami baru nak beli cincin tanda kepada si dia.” 

“Sebagai seorang ibu, saya rasa amat gembira untuk dia.”  

“Sebenarnya saya tak kisah siapa pun yang dia pilih asalkan bahagia. Tapi apabila dapat yang bertudung, berhijab lebih mudah dan lagi satu dia ni bukannya jenis ada laman media sosial.” 

“Bagi saya sebenarnya, tak kira sama ada bakal isteri bertudung atau tak, yang paling penting Ammar dapat mendidik bakal teman hidupnya itu menjadi seorang isteri yang terbaik.” 

“Jika sebelum ini saya selalu berdoa demi kebahagiaan anak-anak, selepas ini saya akan mendoakan pula agar mereka dapat jodoh terbaik dan doakan rumah tangga mereka.” 

DAH JUMPA BAKAL MENANTU DAN BESAN

Sehingga kini, Che Ta menambah, dia sudah bertemu dengan gadis pilihan Ammar Effendy itu dan juga bakal besannya. 

Gadis itu seorang yang berpendidikan dan ada sikap serta sifat yang baik. Malah keluarganya juga dari golongan yang baik-baik. 

“Yang saya tahu keluarga kekasih Ammar ni memang dari keluarga yang baik-baik dan orang yang alim.”  

“Walaupun bekerja di luar negara, bapanya selalu saja pulang ke tanah air bahkan baru-baru ini pun Ammar ada pergi luangkan masa dan bermain golf dengan bakal mentuanya.” 

“Saya dan suami dah jumpa bakal besan. Doakan majlis risik nanti berjalan dengan lancar.” 

Tentang majlis pernikahan, Che Ta berkata, kemungkinan mereka akan bernikah dalam setahun lagi, namun semuanya masih lagi belum ditetapkan.   

“Bukan dalam tempoh yang terdekat ini, bakal besan saya mahu lepaskan dulu anak sulung mereka, selepas itu barulah majlis perkahwinan Ammar pula yang akan menyusul.” 

“Semua perincian majlis termasuk bertunang atau terus nikah hanya akan dibincangkan ketika majlis risik nanti.” 

Che Ta mempunyai tiga orang anak iaitu Ammar Effendy, 28 tahun, Aniq Ezzra, 24 tahun dan anak bongsunya Aaisyah Dhia Rana yang kini berumur 10 tahun.